Arabic Chinese (Simplified) Chinese (Traditional) Hindi Japanese Korean Malay
 
KUALA LUMPUR, 26 SEPTEMBER 2016 – YBrs. Dr. Hjh. Wasitah Hj. Mohd Yusof, Ketua Pegawai Eksekutif IYRES pada hari ini telah membentangkan hasil kajian berkaitan Pembangunan Belia di Malaysia dan juga Kajian Impak Program Anugerah Remaja Perdana (ARP) melalui penyelidikan IYRES bertempat di Pusat Belia Antarabangsa (IYC), Bandar Tun Razak, Kuala Lumpur bersempena dengan program Gold Award International Network (GAIN).
Tujuan pembentangan adalah untuk memberikan pendedahan kepada peserta impak pelaksanaan program ARPRM di Malaysia untuk dijadikan bahan rujukan kepada peserta sebagai panduan dalam melaksanakan program seumpama ini di negara masing-masing. GAIN merupakan sebuah organisasi yang menggabungkan alumni Penerima Emas dari seluruh dunia bagi program The Duke of Edinburgh International Award yang berpangkalan di London.

Ia merupakan program yang bertujuan untuk mengumpulkan Alumni Penerima Emas tersebut daripada pelbagai negara Komanwel termasuk Malaysia. Program kali ini bertemakan “Youth Empowerment For A Better World” yang bertujuan membincangkan pelan tindakan bagi memastikan semua Penerima Emas agar terus menyumbang kepada negara dan dunia selaras dengan matlamat utama pelaksanaan program The Duke of Edinburgh International Award.

GAIN 2016 telah dihadiri seramai 40 orang yang terdiri daripada ahli-ahli Award Holders Association dan para sukarela daripada negara Malaysia, Korea, Ghana, Kenya, Mauritius dan Rodrigues.


 
Disediakan Oleh: Siti Shazwani binti Md Yusoof Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.
Disunting Oleh: Wan Nor Iza Mohd Nor Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

MAKLUMAN TERKINI

 IKLAN JAWATAN KOSONG - MUAT TURUN BORANG

 

IYCEP (MALAYSIA-MALDIVES) - DAFTAR

IYCEP (TURKEY - POLAND - CZECH REPUBLIC) - DAFTAR

 

TEMPAH KEMUDAHAN IYC

Tempah bilik penginapan dan kemudahan IYC sekarang ! Untuk maklumat lanjut,sila hubungi kami di talian 03-91719204/5 atau layari http://live.ipms247.com/booking/book-rooms-yayasanpusatbeliaantarabangsa

 

Go to top
BCMath lib not installed. RSA encryption unavailable