Arabic Chinese (Simplified) Chinese (Traditional) Hindi Japanese Korean Malay
 
 
PUTRAJAYA, 6 SEPTEMBER 2016 – Ketua Setiausaha Kementerian Belia dan Sukan (KBS), YBhg. Dato’ Lokman Hakim Ali mewakili YB Menteri Belia dan Sukan menyempurnakan pelancaran pertandingan Rembau Challenge 2016 di Galeri KBS.
 
Rembau Challenge 2016 merupakan penganjuran edisi ketiga dan dilaksanakan selama dua hari pada 22 dan 23 Oktober nanti. Penganjuran pada kali ini masih mengekalkan laluan yang sama iaitu bermula dari Dataran Rembau melalui Gunung Dato’, Bukit Miku dan lokasi-lokasi mencabar yang lain dan akan berakhir di Dataran Rembau.

Pertandingan ini menjadi semakin getir dan mencabar kemampuan serta ketahanan para peserta apabila jarak perlumbaan telah dinaikkan kepada 135 kilometer, berbanding 90 kilometer pada tahun-tahun sebelumnya.

Antara cabaran yang perlu dilalui oleh para peserta adalah kayaking(Elit Berpasukan sahaja), mountain biking, trail running, river running/tubing, team biathlon, obstacle challenge dan mystery test. Para peserta wajib melalui kesemua halangan tersebut bagi menamatkan perlumbaan.

Pertandingan ini mendapat sambutan yang menggalakkan dengan jumlah penyertaan seramai 740 orang dari dalam dan luar negara. Antara peserta antarabangsa yang telah mendaftarkan diri adalah dari Sweden, Jepun, Hong Kong, Thailand, Taiwan dan Australia.

Penganjuran pertandingan ini juga bertujuan untuk mengangkat nama Malaysia, khususnya Rembau, sebagai salah satu lokasi pilihan utama sukan lasak bertaraf antarabangsa di samping meningkatkan ekonomi setempat melalui sektor pelancongan.

Oleh : Azlin Emiza Jamri (Unit Komunikasi Korporat KBS)
Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya. 

Disunting : Adeli Hussin@Drus(Unit Komunikasi Korporat KBS)
Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

MAKLUMAN TERKINI

 

PERTANDINGAN BOLA JARING TERBUKA IYC 2019  - MUAT TURUN BORANG

  

IYCEP (MALAYSIA-MALDIVES) - DAFTAR

 

IYCEP (TURKEY - POLAND - CZECH REPUBLIC) - DAFTAR

 

 

IYCEP (MALAYSIA - AUSTRALIA) - DAFTAR

TEMPAH KEMUDAHAN IYC

Tempah bilik penginapan dan kemudahan IYC sekarang ! Untuk maklumat lanjut,sila hubungi kami di talian 03-91719204/5 atau layari http://live.ipms247.com/booking/book-rooms-yayasanpusatbeliaantarabangsa

 

Go to top
BCMath lib not installed. RSA encryption unavailable