Arabic Chinese (Simplified) Chinese (Traditional) Hindi Japanese Korean Malay

Kuala Lumpur, 9 Oktober 2017 – Pengurusan Pusat Belia Antarabangsa (IYC) dengan kerjasama Jawatankuasa Kecemasan dan Kebakaran IYC telah menganjurkan Kursus Asas Pertolongan Cemas di Bilik Bunga Raya dari jam 8.30 pagi hingga 5.00 petang.

Tujuan kursus ini diadakan adalah bagi memberi pendedahan dan pengetahuan tentang cara-cara asas pertolongan cemas yang merupakan aspek penting dalam pelaksanaan Jawatankuasa Kebakaran dan Kecemasan di kalangan kakitangan IYC. Para peserta juga diajar tentang kaedah yang betul dalam memberikan rawatan awal, Pelan Persediaan Kecemasan, Resusitasi Cardiopulmonary (CPR) serta sesi praktikal yang dibantu oleh pakar Paramedik dan Jururawat bertauliah.

Ceramah kursus ini telah disampaikan oleh Pegawai Perubatan dan kakitangan dari Jabatan Perubatan Kecemasan, Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM), Bandar Tun Razak, Cheras, Kuala Lumpur. Ceramah kursus ini juga telah dibahagikan mengikut slot-slot tertentu yang disampaikan oleh En. Ahmad Jailani, En. Abdul Karim, Dr. Azlan Helmi, Dr. Farrael, Dr. Hidayah, Dr. Naimah serta dibantu oleh Dr. Nasrul, En. Siva dan Pn. Aqilah.

Majlis penutup serta penyampaian cenderamata kepada penceramah disempurnakan oleh Tn Hj. Mohamed Maliki bin Mohamed Rapiee, Pengarah Pusat Belia Antarabangsa (IYC).  Menurut beliau, kursus ini sangat baik dan diharapkan dapat memberikan pengetahuan asas dalam memberikan pertolongan cemas kepada kakitangan dan pelanggan-pelanggan IYC khususnya dan diharapkan ianya dapat membantu memberikan pertolongan awal sekiranya berlaku kecemasan di tempat kerja atau di mana sahaja kes kecemasan.

                                                                                         Ditulis oleh : Mohd Fauzi Khalip                                                                                           E-mel : Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya. 

                                                                                    Disunting oleh : Hasnila Bt. Mohd Jani                                                                                         E-mel : Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya. 

 

MAKLUMAN TERKINI

  

IYCEP (MALAYSIA-MALDIVES) - Sedang berlangsung

 

IYCEP (TURKEY - POLAND - CZECH REPUBLIC) - DAFTAR

 

 

IYCEP (MALAYSIA - AUSTRALIA) - DAFTAR

TEMPAH KEMUDAHAN IYC

Tempah bilik penginapan dan kemudahan IYC sekarang ! Untuk maklumat lanjut,sila hubungi kami di talian 03-91719204/5 atau layari http://live.ipms247.com/booking/book-rooms-yayasanpusatbeliaantarabangsa

 

Go to top
BCMath lib not installed. RSA encryption unavailable