Arabic Chinese (Simplified) Chinese (Traditional) Hindi Japanese Korean Malay
PHNOM PENH 31 MEI 2016 – Ketua Pengarah, Jabatan Belia dan Sukan Negara, YBhg. Datuk Hatipah Binti Ibrahim hari ini mengadakan lawatan kerja rasmi ke Program Penempatan MYCorps Siri 1/2016 di Cambodia. Program yang bermula pada 8 Mei lalu akan berakhir pada 24 Julai 2016 di dua lokasi berbeza iaitu Smile Village dan Daerah Kompong Chnnang dengan penyertaan seramai 50 orang sukarelawan berbilang bangsa dan agama yang terpilih dari seluruh negeri di Malaysia

. Projek yang dilaksanakan di Smile Village adalah menyelenggara dan membina tapak permainan serta tapak semaian bunga-bungaan serta pokok buah-buahan manakala di Daerah Kompong Chnnang, pembinaan tempat tadahan air dan tandas di 9 buah sekolah akan dilaksanakan pada misi yang seterusnya. Di kesempatan ini, YBhg. Datuk Hatipah Binti Ibrahim telah mengadakan pemantauan pelaksanaan program bagi meningkatkan lagi prestasi pencapaian program dan memberikan kata-kata semangat kepada sukarelawan Program MYCorps agar mereka lebih bersemangat dalam melaksanakan misi yang akan datang.

Kepada belia-belia di Malaysia yang berumur 18 hingga 30 tahun yang ingin menyertai Program Sukarelawan Antarabangsa MYCorps perlulah memiliki semangat yang kental dari segi mental dan fizikal. Program ini juga adalah sebagai platform kepada belia-belia di Malaysia untuk menggiatkan diri dalam program sukarelawan antarabangsa. Semoga dengan ilmu pengetahuan dan kemahiran yang diperolehi dari program ini dapat dimanfaatkan oleh setiap peserta untuk kerja-kerja kesukarelaan pada masa akan datang.


Disediakan oleh : 
Mushairil Azmil Bin Sidik 

Unit MYCorps 
Cawangan Perhubungan Komuniti
Bahagian Pembangunan Rakan Muda

MAKLUMAN TERKINI

  

IYCEP (MALAYSIA-MALDIVES) - Sedang berlangsung

 

IYCEP (TURKEY - POLAND - CZECH REPUBLIC) - DAFTAR

 

 

IYCEP (MALAYSIA - AUSTRALIA) - DAFTAR

TEMPAH KEMUDAHAN IYC

Tempah bilik penginapan dan kemudahan IYC sekarang ! Untuk maklumat lanjut,sila hubungi kami di talian 03-91719204/5 atau layari http://live.ipms247.com/booking/book-rooms-yayasanpusatbeliaantarabangsa

 

Go to top
BCMath lib not installed. RSA encryption unavailable