Arabic Chinese (Simplified) Chinese (Traditional) Hindi Japanese Korean Malay
 
CHERAS, 28 NOVEMBER 2016- MyCorps merupakan program kesukarelawanan bertaraf antarabangsa yang bertujuan untuk membentuk jati diri dalam kalangan belia Malaysia. MyCorps kini dalam misi ketiganya akan berlepas ke Timur Tengah pada 5 Disember ini untuk melakukan misi kesukarelawanan yang dilaksanakan di tiga buah negara iaitu Jordan, Lubnan dan Turki. Sebelum itu, misi yang sama di laksanakan di Kemboja pada 2015 dan 2016 di mana mereka membina kemudahan dan penempatan di beberapa buah kampung. 

Sukarelawan MyCorps yang terdiri daripada 45 orang peserta datang daripada pelbagai latar belakang seperti doktor, pakar fisioterapi, guru kaunseling dan pelbagai bidang lain. Para peserta MyCorps telah menjalani Latihan Intensif (PDT) yang dilengkapkan dengan modul-modul latihan komprehensif dan bersesuaian bagi menyediakan peserta untuk menjalankan projek penempatan antarabangsa MyCorps di Timur Tengah. Modul-modul latihan ini termasuklah latihan kemahiran, sejarah bahasa dan budaya, kepimpinan, kerjasama, motivasi dan bantuan kecemasan sebagai persediaan untuk menjadikan mereka sukarelawan yang berkemahiran, berpengetahuan dan mempunyai semangat yang tinggi untuk memberi khidmat dalam menjayakan misi tersebut.

Misi MyCorps di Timur Tengah kali ini turut melibatkan dua Badan Bukan Kerajaan (NGO) yang bersama-sama membantu peserta iaitu Malaysia Aid and Humatarian Relief (MAHAR) dan Malaysia Life Line For Syria (MLLFS).

Program ini bukan sekadar tempat untuk melahirkan sukarelawan terbaik, malah dapat dijadikan sebagai platform untuk membentuk sifat kepimpinan dalam kalangan belia di negara ini. Kementerian Belia dan Sukan (KBS) berharap agar program MyCorps dapat diperluaskan ke seluruh dunia dan diiktiraf sebagaimana program Peace Corps yang dibangunkan oleh United State of America (USA).

Oleh: Muhammad Amirul Izwan bin Isham (Unit Komunikasi Korporat)
Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

Disunting oleh: Hairol Hisham bin Hamdan (Unit Komunikasi Korporat)
Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

MAKLUMAN TERKINI

  

IYCEP (MALAYSIA-MALDIVES) - Sedang berlangsung

 

IYCEP (TURKEY - POLAND - CZECH REPUBLIC) - DAFTAR

 

 

IYCEP (MALAYSIA - AUSTRALIA) - DAFTAR

TEMPAH KEMUDAHAN IYC

Tempah bilik penginapan dan kemudahan IYC sekarang ! Untuk maklumat lanjut,sila hubungi kami di talian 03-91719204/5 atau layari http://live.ipms247.com/booking/book-rooms-yayasanpusatbeliaantarabangsa

 

Go to top
BCMath lib not installed. RSA encryption unavailable