Arabic Chinese (Simplified) Chinese (Traditional) Hindi Japanese Korean Malay
 
JITRA, 20 OKTOBER 2016 – IKBN Jitra telah menjadi lokasi pilihan Cawangan Operasi Latihan(OL), Bahagian Pembangunan Kemahiran Belia (BPKB) bagi mengadakan Mesyuarat Pengarah-Pengarah ILKBS. 

Mesyuarat telah dihadiri oleh Pengarah-pengarah cawangan dan semua Pengarah ILKBS. Pelaksanaan mesyuarat ini adalah bertujuan bagi membincangkan perkara-perkara berkaitan pengurusan ILKBS, laporan terkini kewangan institut, dan isu-isu yang melibatkan operasi dan pengurusan di ILKBS.

Dengan adanya platform seperti ini segala penambahbaikan, masalah, dan isu-isu yang timbul dapat diatasi dan diselesaikan dengan lebih baik dan sistematik. Selepas berlangsungnya Mesyuarat Pengarah-pengarah ILKBS, Ketua Pengarah Bahagian Pembangunan Kemahiran Belia (BPKB), YBrs. Dr. Hjh. Wasitah binti Haji Mohd Yusof mengambil peluang ini untuk melawat IKBN Jitra.

Lawatan ini telah diiringi oleh Pengarah-pengarah Cawangan, Pengarah-pengarah IKBN dan ketua-ketua jabatan dengan melihat bengkel-bengkel dan kelas latihan serta kemudahan yang ada di sana. Turut diadakan sesi perjumpaan bersama Pegawai dan Kakitangan IKBN Jitra bagi memberi amanat dan beramah mesra bersama warga IKBN Jitra.


Disediakan oleh : Mohd Norzaidi Mohd Radzi (Bahagian Pembangunan Kemahiran Belia,KBS) 
Disunting oleh : Lizza Imelia M. Sulanah (Unit Komunikasi Korporat, KBS)

MAKLUMAN TERKINI

 

PERTANDINGAN BOLA JARING TERBUKA IYC 2019  - MUAT TURUN BORANG

  

IYCEP (MALAYSIA-MALDIVES) - DAFTAR

 

IYCEP (TURKEY - POLAND - CZECH REPUBLIC) - DAFTAR

 

TEMPAH KEMUDAHAN IYC

Tempah bilik penginapan dan kemudahan IYC sekarang ! Untuk maklumat lanjut,sila hubungi kami di talian 03-91719204/5 atau layari http://live.ipms247.com/booking/book-rooms-yayasanpusatbeliaantarabangsa

 

Go to top
BCMath lib not installed. RSA encryption unavailable