Arabic Chinese (Simplified) Chinese (Traditional) Hindi Japanese Korean Malay
 
NAKA, 19 OKTOBER 2016 - Kejohanan Sukan ILKBS Se-Malaysia Kali Ke-30 telah melabuhkan tirainya, Tahniah buat IKBN Naka selaku tuan rumah dalam penganjuran Kejohanan Sukan pada tahun ini. 

Kejohanan Sukan ILKBS pada tahun ini telah disertai oleh 550 orang atlet serta melibatkan seramai 115 orang pegawai daripada semua ILKBS. Kejohanan Sukan ini adalah aktiviti tahunan Bahagian Pembangunan Kemahiran Belia (BPKB) untuk ILKBS. Acara ini diadakan bagi mencungkil bakat dan menyerlahkan potensi diri pelajar dalam bidang sukan disamping menjadikan warga ILKBS cerdas dan lebih cergas.

Majlis Perasmian Penutup bagi Kejohanan Sukan pada tahun ini telah disempurnakan oleh Dr. Hjh. Wasitah binti Haji Mohd Yusof, Ketua Pengarah Bahagian Pembangunan Kemahiran Belia (BPKB) selaku wakil kepada Ketua Setiausaha, Kementerian Belia dan Sukan. Sebanyak empat acara telah dipertandingkan dalam kejohanan pada kali ini iaitu, bola sepak, sepak takraw, badminton dan bola jaring.

Bagi acara bola sepak, Johon telah diperolehi IKBN Pekan, Naib Johon adalah IKTBN Naka, tempat ke-3 pula adalah IKBN Kinarut dan tempat ke-4 adalah IKTBN Temerloh. Bagi sukan sepak takraw, Johon telah dimenangi oleh IKBN Wakaf Tapai, Naib Johon - IKBN Alor Gajah, tempat Ke-3 IKBN Miri dan tempat Ke-4 adalah IKTBN Bukit Mertajam. Bagi acara badminton, Johan telah diperolehi oleh IKBN Wakaf Tapai, Naib Johon - IKBN Alor Gajah, Tempat Ke-3 IKTBN Bachok dan IKTBN Bukit Mertajam mendapat tempat Ke-4. Manakala bagi acara sukan Bola Jaring, Johon telah dimenangi oleh IKTBN Alor Gajah, Naib Johan – IKBN Seri Iskandar, Tempat Ke-3 adalah IKBN Wakaf Tapai dan IKTBN Bachok di tempat Ke-4.Johon Keseluruhan bagi Kejohanan Sukan ILKBS 2016 telah dimenangi oleh IKBN Wakaf Tapai.

Sejurus tamat Majlis Perasmian Penutup YBrs. KP turut mengadakan lawatan kerja di IKBN Naka bagi melihat kemudahan dan fasiliti yang ada serta bertemu warga IKBN Naka bagi menyampaikan amatan dan aspirasi beliau.

Disediakan oleh : Norzaidi bin Mohd Radzi, Bahagian Pembangunan Kemahiran Belia
Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya. 

Disunting oleh : Lizza Imelia M. Sulanah, Unit Komunikasi Korporat
Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

MAKLUMAN TERKINI

 

PERTANDINGAN BOLA JARING TERBUKA IYC 2019  - MUAT TURUN BORANG

  

IYCEP (MALAYSIA-MALDIVES) - DAFTAR

 

IYCEP (TURKEY - POLAND - CZECH REPUBLIC) - DAFTAR

 

 

IYCEP (MALAYSIA - AUSTRALIA) - DAFTAR

TEMPAH KEMUDAHAN IYC

Tempah bilik penginapan dan kemudahan IYC sekarang ! Untuk maklumat lanjut,sila hubungi kami di talian 03-91719204/5 atau layari http://live.ipms247.com/booking/book-rooms-yayasanpusatbeliaantarabangsa

 

Go to top
BCMath lib not installed. RSA encryption unavailable