Arabic Chinese (Simplified) Chinese (Traditional) Hindi Japanese Korean Malay

 

SHAH ALAM – Program Meow Fiesta dengan bertemakan We Love We Care anjuran Pertubuhan Penyelamat Kucing-Kucing Terbiar, Katzen Cat Santuary bersama para pelajar pascasiswazah Fakulti Pengurusan Hotel dan Pelancongan Universiti Teknologi Mara (UiTM) dengan kerjasama Pusat Belia Antarabangsa (IYC), Pusat Transformasi Bandar (UTC), Taman Botani Negara, Shah Alam serta dengan sokongan Kementerian Belia dan Sukan (KBS). Pertandingan ini telah diadakan pada 7 Jun 2015 (Ahad) bertempat di Dewan Galeri, Taman Botani Negara, Seksyen 8, Shah Alam.

Program sebegini diadakan bertujuan untuk memberi kesedaran mengenai kebajikan terhadap kucing-kucing terbiar, kepentingan vaksinasi dan mengenai pemandulan kucing bagi mengawal populasi, serta kebajikan menyelamat kucing dikalangan pelajar universiti. Selain itu juga, ia menjadi  platform untuk mencari sukarelawan dikalangan belia bagi menyertai  program/aktiviti menyelamat yang telah dijalankan disamping mengumpulkan dana bagi penjagaan kucing-kucing terbiar.

Pertandingan ini melibatkan beberapa kategori seperti Domestic Long Hair (DLH), Domestic Short Hair (DSH), Pedigree - Long Hair, Pedigree - Short Hair dan Best Special Needs Cats.

Program Meow Fiesta ini turut dihadiri oleh tetamu kehormat iaitu YBhg. Datin Kavitha Kumar, isteri kepada Timbalan Menteri Belia dan Sukan, Datuk M. Saravanan.

 

Disediakan oleh : Dewi Yusmalaila

Email: Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.    

Disunting oleh: Hazila binti Kamaruddin

 

 

MAKLUMAN TERKINI

 IKLAN JAWATAN KOSONG - MUAT TURUN BORANG

 

IYCEP (MALAYSIA-MALDIVES) - DAFTAR

IYCEP (TURKEY - POLAND - CZECH REPUBLIC) - DAFTAR

 

TEMPAH KEMUDAHAN IYC

Tempah bilik penginapan dan kemudahan IYC sekarang ! Untuk maklumat lanjut,sila hubungi kami di talian 03-91719204/5 atau layari http://live.ipms247.com/booking/book-rooms-yayasanpusatbeliaantarabangsa

 

Go to top
BCMath lib not installed. RSA encryption unavailable