Arabic Chinese (Simplified) Chinese (Traditional) Hindi Japanese Korean Malay

Kuala Lumpur, 13 Januari 2020 - Majlis Penyerahan Bangunan Baharu Pusat Belia Antarabangsa (IYC), telah disempurnakan oleh YBhg. Dr.Waitchalla R.R.V Suppiah, Ketua Setiausaha Kementerian Belia dan Sukan Malaysia. Turut hadir ialah YBrs. Dr. Hj. Mohammed Maliki bin Mohamed Rapiee, Pengarah Pusat Belia Antarabangsa, En. Muhammad Hadi Danial bin Thomas, Penyelaras Projek bagi kontraktor utama ZR Construction serta wakil-wakil projek konsultan.

Majlis ini bermula dengan upacara menandatangani dokumen Sijil Penyerahan dan Pengambilan oleh En. Muhammad Hadi Danial bin Thomas, selaku Penyelaras Projek bagi kontraktor utama ZR Construction kepada YBhg. Dr.Waitchalla R.R.V Suppiah, Ketua Setiausaha Kementerian Belia dan Sukan Malaysia. Manakala dokumen Perakuan Serahan Kerja Siap kepada pelanggan telah ditandatangani oleh YBhg. Dr Waitchalla R.R.V Suppiah, Ketua Setiausaha Kementerian Belia dan Sukan Malaysia dan YBrs. Dr. Hj. Mohammed Maliki bin Mohamed Rapiee, Pengarah Pusat Belia Antarabangsa.

 Bangunan baharu lima (5) tingkat ini yang merupakan kemudahan tambahan dengan menempatkan sebanyak 54 unit Bilik Penginapan, 4 Bilik Seminar, serta ruang makan yang bersifat serbaguna di samping kemudahan lain bagi memenuhi keperluan pelanggan.  

MAKLUMAN TERKINI

Makluman  

TEMPAH KEMUDAHAN IYC

Tempah bilik penginapan dan kemudahan IYC sekarang ! Untuk maklumat lanjut,sila hubungi kami di talian 03-91719204/5 atau layari http://live.ipms247.com/booking/book-rooms-yayasanpusatbeliaantarabangsa

 

Go to top
BCMath lib not installed. RSA encryption unavailable