Arabic Chinese (Simplified) Chinese (Traditional) Hindi Japanese Korean Malay

 

 

KUALA LUMPUR :Pengurusan IYC telah menganjurkan Perhimpunan Bulanan Mac 2017 di Bilik Bunga Raya pada jam 9.00 pagi. Perhimpunan kali ini diselaras oleh Bahagian Pemasaran dan Fasiliti dibawah kelolaan En Marzuki Bin Hashim,Eksekutif Kanan (PemasarandanFasiliti)  . Aturcara majlis perhimpunan dimulakan dengan nyanyian lagu Negaraku, lagu Wawasan IYC, lagu patriotik, bacaan doa, sesi perkongsian ilmu daripada kakitangan dan pelajar praktikal IYC serta ucapan amanat daripada Pengarah IYC dan penyampaian Anugerah Tokoh Pekerja Bulanan Februari 2017.

 

Pengarah IYC, Tn, Hj Mohamed Maliki didalam ucapannya menyebut tentang kepentingan mempunyai etika dan  

sikap yang lebih terbuka, positif, berdaya saing dan menghormati orang lain dalam memastikan setiap tugasan dijalankan dengan sempurna tanpa mewujudkan suasana yang tidak sihat.  Beliau juga turut mengingatkan kepada semua kakitangan IYC tentang lima (5) nilai murni yang menjadi pegangan asas IYC sejak penubuhan lagi.  

 

TnHj. Mohamed Maliki turut menyentuh beberapa perkara yang boleh menjadi motivasi dan pengajaran termasuklah masalah dan isu berkaitan media sosial masa kini antara contoh ialah  masalah identiti yang dikenali sebagai “Fake Syndrome” yang timbul daripada budaya sosial media seperti Fabebook, Instagram dan sebagainya.

 

Pengarah IYC juga mengucapkan tahniah kepada penerima Anugerah Tokoh Pekerja Bulanan IYC, En. Muhammad Faeez Bin Ayob, Jurueletrik dari Bahagian Penyelenggaraan dan Keselamatan Bangunan IYC.

Majlis perhimpunan diakhiri dengan sambutan hari lahir kakitangan IYC .

 

Disediakan oleh :Mohd Fauzi Khalip

Email : Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

Disemak oleh :Hazila Bt Kamaruddin

E-mail : Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

MAKLUMAN TERKINI

  

IYCEP (MALAYSIA-MALDIVES) - Sedang berlangsung

 

IYCEP (TURKEY - POLAND - CZECH REPUBLIC) - DAFTAR

 

 

IYCEP (MALAYSIA - AUSTRALIA) - DAFTAR

TEMPAH KEMUDAHAN IYC

Tempah bilik penginapan dan kemudahan IYC sekarang ! Untuk maklumat lanjut,sila hubungi kami di talian 03-91719204/5 atau layari http://live.ipms247.com/booking/book-rooms-yayasanpusatbeliaantarabangsa

 

Go to top
BCMath lib not installed. RSA encryption unavailable