Arabic Chinese (Simplified) Chinese (Traditional) Hindi Japanese Korean Malay
PAROI, 14 NOVEMBER 2016- Program Fit Masjid Peringkat Negeri Sembilan 2016 yang berlangsung pada 13 November 2016 di Masjid At-Taqwa, Kg. Paroi di hadiri lebih 1 000 peserta. Program yang dihadiri dan dirasmikan oleh Menteri Belia dan Sukan, YB Brigadier Jeneral Khairy Jamaluddin ini mendapat sambutan yang menggalakkan daripada warga Paroi kerana terdapat pelbagai aktiviti yang dijalankan seperti aktiviti fizikal dan kerohanian.

Program ini dimulakan dengan Qiamullail yang dipimpin oleh Imam Muda Aran dan seterusnya ceramah kuliah subuh bersama Dato' Ustaz Badlishah bin Alauddin yang menekankan kepentingan solat subuh dalam kehidupan seharian.

Program Fit Masjid merupakan satu program baru yang diperkenalkan oleh Kementerian Belia dan Sukan (KBS) yang berkonsepkan Islam dengan matlamat utamanya untuk mendekatkan golongan belia dengan Institusi Masjid dengan menggabungkan elemen keagamaan dan riadah santai. Objektif program ini bertujuan untuk mengajak belia untuk sama-sama mengimarahkan masjid dan membetulkan persepsi bahawa masjid bukan hanya berfungsi sebagai tempat ibadat semata-mata, malah mempunyai peranan yang lebih luas.

Program diteruskan lagi dengan beberapa aktiviti yang dijalankan di sekitar perkarangan masjid At- Taqwa seperti, acara Fun Ride 10KM dan Fun Walk 5KM untuk lelaki manakala senaman aerobik untuk wanita. Acara Fun Walk 5KM dimeriahkan lagi dengan YB Khairy Jamaluddin diiringi EXCO Pembangunan Modal Insan, Belia dan Sukan, YB Datuk Zaifulbahri Idris sama-sama turun padang menyertai aktiviti ini.

Oleh: Muhammad Amirul Izwan bin Isham (Unit Komunikasi Korporat)
Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

Disunting oleh: Hairol Hisham bin Hamdan (Unit Komunikasi Korporat)
Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

MAKLUMAN TERKINI

  

IYCEP (MALAYSIA-MALDIVES) - Sedang berlangsung

 

IYCEP (TURKEY - POLAND - CZECH REPUBLIC) - DAFTAR

 

 

IYCEP (MALAYSIA - AUSTRALIA) - DAFTAR

TEMPAH KEMUDAHAN IYC

Tempah bilik penginapan dan kemudahan IYC sekarang ! Untuk maklumat lanjut,sila hubungi kami di talian 03-91719204/5 atau layari http://live.ipms247.com/booking/book-rooms-yayasanpusatbeliaantarabangsa

 

Go to top
BCMath lib not installed. RSA encryption unavailable