Arabic Chinese (Simplified) Chinese (Traditional) Hindi Japanese Korean Malay

 

16 September 2019  - IYC Cheras, Kuala Lumpur - Pengurusan IYC telah menerima lawatan kunjung hormat dari Deligasi Program Pertukaran Belia Malaysia - Indonesia 2019 seramai 25 orang yang mempunyai pelbagai latarbelakang antaranya adalah pelajar universiti, pensyarah, pekerja belia dan pegawai kerajaan yang secara langsung bergerak aktif dalam kerja sukarelawan dan pembangunan belia di Indonesia.

Deligasi diketuai oleh Encik Yossi Ahmad Falah dan Encik Andika Arlistianto dari Kementerian Pemuda dan Olahraga Republik Indonesia.

Taklimat ringkas mengenai IYC telah disampaikan oleh YBhg. Dr. Mohamed Maliki Bin Mohamed Rapiee, Pengarah IYC dan seterusnya deligasi dibawa melawat ke projek tanaman bandar di 'rooftop' bagi berkongsi tentang kepentingan keselamatan makanan dan kelestarian alam ini demi pembangunan yang seimbang pada masa akan datang.

Terima kasih kepada Puan Marcella@Ella binti Kopong, Penolong Pengarah di Unit Hal Ehwal Antarabangsa, Jabatan Belia dan Sukan yang telah menyelaras lawatan pada hari ini.

 

MAKLUMAN TERKINI

 

 

Makluman  

SELAMAT MENYAMBUT TAHUN 2022
Seluruh warga IYC mengucapkan selamat menyambut Tahun Baharu 2022 kepada seluruh rakyat Malaysia.

 

 

 

Pelawaan adalah dibuka kepada Katerer Muslim / Pengusaha Makanan Muslim yang berpengalaman, berkelayakan dan berdaftar dengan Kementerian Kewangan Malaysia 
dalam bidang/ taraf berkenaan bagi mengendalikan katering di Yayasan Pusat Belia Antarabangsa, Kuala Lumpur.

Untuk maklumat lanjut, Sila klik disini

 

Kini semuanya lebih mudah untuk mengetahui tentang kemudahan dan promosi yang ditawarkan oleh IYC di era digital.
Pelanggan boleh berurusan secara terus dengan kami bagi urusan tempahan dan pertanyaan tentang
pakej- pakej istimewa melalui aplikasi 'Online Chat' (Whatsapp dan Telegram).

Jangan lupa untuk imbas kod bar di paparan banner bagi urusan yang menggunakan platform
'Whatsapp' dan sertai saluran telegram 'IYCRESIDENCEKL' untuk berhubung dengan kami.

 

 

TEMPAH KEMUDAHAN IYC

Tempah bilik penginapan dan kemudahan IYC sekarang ! Untuk maklumat lanjut,sila hubungi kami di talian 03-91719204/5 atau layari http://live.ipms247.com/booking/book-rooms-yayasanpusatbeliaantarabangsa

 

 

Go to top