Arabic Chinese (Simplified) Chinese (Traditional) Hindi Japanese Korean Malay

22 September 2019, Cheras Kuala Lumpur - Pihak Pengurusan IYC telah menerima lawatan kunjung hormat dari Belia MABIMS program anjuran Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) yang telah diselaras oleh Bahagian Pengurusan Sumber Manusia, KBS selaku Ahli Jawatankuasa Pelaksanaan Program.

Program Eksplorasi Dakwah Belia MABIMS 2019 berlangsung di Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM) Bangi, Selangor bermula pada 19 hingga 24 September 2019.

MABIMS merupakan singkatan kepada Pertemuan Tahunan Tidak Rasmi Menteri-Menteri Agama; Negara Brunei Darussalam, Republik Indonesia, Malaysia dan Republik Singapura.

Lawatan ini melibatkan kehadiran peserta, 7 dari Brunei; 7 dari Indonesia; 7 dari Singapura dan 15 dari Malaysia. Peserta program diiringi oleh Puan Nurul Fitriyah Binti Md Radi, Penolong Pegawai Hal Ehwal Islam, Cawangan Pembangunan Sumber Manusia, Bahagian Pengurusan Sumber Manusia , KBS dan Puan Rosnah Binti Ismail, Penolong Pengarah Kanan, Bahagian Dakwah, Jakim. Turut hadir ke sesi lawatan ini ialah Ustaz Imran Bin Abd Rahman, Pegawai Agama , Jabatan Kastam Diraja Malaysia, Putrajaya.

Taklimat ringkas mengenai peranan dan pembangunan belia yang digerakkan oleh IYC dipersada antarabangsa dikongsikan oleh Pengarah IYC, YBrs. Dr. Mohamed Maliki Bin Mohamed Rapiee. Peserta juga turut dibawa melawat ke bilik kemudahan dan penginapan di IYC dan tidak lupa juga projek tanaman bandar (urban farming).

MAKLUMAN TERKINI

Makluman  

TEMPAH KEMUDAHAN IYC

Tempah bilik penginapan dan kemudahan IYC sekarang ! Untuk maklumat lanjut,sila hubungi kami di talian 03-91719204/5 atau layari http://live.ipms247.com/booking/book-rooms-yayasanpusatbeliaantarabangsa

 

Go to top
BCMath lib not installed. RSA encryption unavailable