Arabic Chinese (Simplified) Chinese (Traditional) Hindi Japanese Korean Malay

Kuala Lumpur, 18 September 2017 – Pusat Belia Antarabangsa (IYC) telah menerima delegasi lawatan daripada Institut Kemahiran MARA Kuala Lumpur (IKM KL) pada 15 September 2017. Penyertaan lawatan ini adalah seramai 17 orang pelajar dan 3 orang pensyarah yang diketuai oleh En. Adnan b. Jamaluddin, Timbalan Pengarah Khidmat Pengurusan dan Hal Ehwal Pelajar IKM KL. Lawatan Kontekstual Kepimpinan IKM KL ke IYC ini bertujuan untuk membina jaringan hubungan di antara kedua-dua belah pihak serta memberi pendedahan kepada barisan kepimpinan MPP dalam hubungan dengan pihak agensi kerajaan.

Taklimat berkaitan IYC telah disampaikan oleh Pengarah IYC, Encik Mohamed Maliki bin Mohamed Rapiee. Delegasi ini turut dibawa melawat sekitar fasiliti IYC serta meninjau Projek Pertanian Bandar IYC. Pihak Pengurusan Institut Kemahiran MARA Kuala Lumpur dan pelajarnya sangat teruja melihat projek pertanian bandar yang diusahakan oleh IYC dengan penggunaan ruang yang sangat minimum. Mereka juga sangat tertarik dengan kerjasama staf IYC yang melibatkan diri dalam penjagaan tanaman di aras bumbung bangunan IYC.

Disediakan oleh: Muhamed Harith Bin Mohd Hanafi

E-mel                  : Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

Disunting oleh   : Marzuki Bin Hashim 

E-mel                  : Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.    

 

MAKLUMAN TERKINI

 

PERTANDINGAN BOLA JARING TERBUKA IYC 2019  - MUAT TURUN BORANG

  

IYCEP (MALAYSIA-MALDIVES) - DAFTAR

 

IYCEP (TURKEY - POLAND - CZECH REPUBLIC) - DAFTAR

 

 

IYCEP (MALAYSIA - AUSTRALIA) - DAFTAR

TEMPAH KEMUDAHAN IYC

Tempah bilik penginapan dan kemudahan IYC sekarang ! Untuk maklumat lanjut,sila hubungi kami di talian 03-91719204/5 atau layari http://live.ipms247.com/booking/book-rooms-yayasanpusatbeliaantarabangsa

 

Go to top
BCMath lib not installed. RSA encryption unavailable