Arabic Chinese (Simplified) Chinese (Traditional) Hindi Japanese Korean Malay

PONTIAN, 9 OKTOBER 2016 -
 Ketua Pengarah Bahagian Pembangunan Kemahiran Belia (BPKB) yang baharu iaitu Dr. Hajjah Wasitah binti Haji Mohd Yusof bersama-sama Pengarah Cawangan Latihan Luar, Puan Hajjah Zawiah binti Muhamad dan warga kerjanya telah mengadakan Lawatan Kerja ke Kolej Kemahiran Belia Nasional Pontian dalam rangka kerja siri jelajah pertama beliau bagi program lawatan ke semua ILKBS untuk meninjau dan mengenali lebih dekat akan warga kerja Institusi Latihan di bawah Kementerian ini agar tugas mentadbir urus dapat dilaksanakan dengan lebih efektif dan berkesan.

Berdasarkan kepada sejarah, KKBN Pontian adalah sebuah institusi milik Koperasi Belia Nasional Berhad (KOBENA) yang telah diilhamkan oleh Perdana Menteri Malaysia Ke - 4 iaitu Y.A.B. Tun Dr. Mahathir bin Mohamad. Sejak dari 1982 Kolej ini telah dibiayai oleh Kementerian Belia dan Sukan sehingga kini. KKBN Pontian telah beroperasi di bangunan kilang yang didirikan di atas tanah berkeluasan 32 ekar dan telah diubahsuai bersesuai mengikut kepada keperluan pembelajaran. KKBN Pontian telah banyak menyumbang kepada proses pembangunan sahsiah, jati diri dan pembangunan keperluan tenaga kerja mahir dan separa mahir negara sepanjang tempoh tersebut. Dengan pendekatan latihan 80% Latihan Kemahiran dan hanya 20% pembangunan modal insan dan sahsiah, KKBN Pontian berupaya membentuk jati diri pelajar-pelajarnya agar terus berusaha dan memperoleh kejayaan yang cukup memberangsangkan walaupun mempunyai peruntukkan yang minima dengan keperluan pembelajaran yang sederhana dan terhad. Pendekatan sahsiah dan modal insan bukan sahaja diterapkan sebagai subjek akademik malah ia turut disemai dalam diri pelajar-pelajarnya dalam kehidupan seharian.

KKBN Pontian menpunyai 7 jurusan iaitu Penyelenggaraan Kereta, Jahitan Pakaian Lelaki, Jahitan Pakaian Wanita, Penyejubekuan & Penyamanan Udara, Binaan Bangunan, Elektrik, dan Elektronik Industri dengan kapasiti pelajar seramai 470 orang. Melalui pencapaian akademik pada tahun 2013, 2014 & 2016 kesemua pelajar-pelajarnya telah mendapat 100% kelulusan kecuali pada tahuan 2015 KKBN telah mendapat 99.35% kelulusan disebabkan seorang dari pelajarnya berhenti awal. KKBN Pontian sentiasa mencari peluang dan ruang agar pelajar yang dilahirkan menjadi rebutan oleh para pemain industri. KKBN Pontian turut mendedahkan pelajar-pelajarnya untuk memasuki pertandingan kemahiran dan inovasi. Terbaharu pelajar-pelajarnya dari Jurusan Jahitan Pakaian Wanita akan memasuki Pertandingan Fesyen di Persada Johor yang turut disertai pelajar-pelajar dari luar negara. Seramai 55 orang bekas pelajar di bidang Elektrikal juga telah dihantar bagi menjalani kursus Solar selama 5 minggu di UniKL bagi memperoleh Sijil Kecekapan di dalam Bidang Solar. KKBN berhasrat untuk membuka kursus baharu di dalam bidang Solar dan berharap bidang ini menjadi bidang yang mendapat sambutan di kalangan belia. Kajian kebolehpasaran yang telah dilakukan mendapati sebanyak 79% daripada pelajarnya telah mendapat pekerjaan manakala 12% sambung belajar diikuti 9% sedang mencari pekerjaan. Ini telah membuktikan kesungguhan dan komitmen KKBN Pontian di dalam melahirkan belia-belia berkualiti dan memartabatkan latihan TEVT di dalam proses pembangunan negara.

Ketua pengarah BPKB turut memohon agar KKBN Pontian juga boleh mengambil inisiatif dalam mentransformasikan KKBN melalui contoh-contoh program transformasi yang telah dijalankan oleh BPKB di bawah TMO agar jalinan kerjasama dapat diadakan dengan pemain-pemain industri di luar sana disamping boleh membantu mereka di dalam perolehan peralatan dan bahan pembelajaran hasil daripada MoU yang telah mereka rangka. Yang berusaha KP turut berharap agar semua pengajar dapat memberi sepenuh komitmen di dalam mendidik anak bangsa bagi memastikan kepentingan dan keutamaan dalam membantu belia – belia menjadi fokus utama.

Disediakan oleh : Norzaidi bin Mokhtar (Bahagian Pembangunan Kemahiran Belia)
Disunting oleh : Lizza Imelia M. Sulanah (Unit Komunikasi Korporat)

MAKLUMAN TERKINI

PERTANDINGAN BOLA JARING TERBUKA IYC 2019  - MUAT TURUN BORANG

 

 IKLAN JAWATAN KOSONG - MUAT TURUN BORANG

 

IYCEP (MALAYSIA-MALDIVES) - DAFTAR

IYCEP (TURKEY - POLAND - CZECH REPUBLIC) - DAFTAR

 

TEMPAH KEMUDAHAN IYC

Tempah bilik penginapan dan kemudahan IYC sekarang ! Untuk maklumat lanjut,sila hubungi kami di talian 03-91719204/5 atau layari http://live.ipms247.com/booking/book-rooms-yayasanpusatbeliaantarabangsa

 

Go to top
BCMath lib not installed. RSA encryption unavailable