Arabic Chinese (Simplified) Chinese (Traditional) Hindi Japanese Korean Malay

Kuala Lumpur, 30 November 2019 - Seramai 30 orang belia Malaysia terdiri dari seorang Ketua Delegasi (National Leader) dan 29 orang peserta belia telah membuat lawatan institusi sempena Program Kapal Belia Asia Tenggara - Jepun atau The Ship for Southeast Asian and Japanese Youth Program (SSEAYP) Kali Ke - 46/2019 ke Pusat Belia Antarabangsa (IYC). Program ini telah berlangsung pada 24 Oktober 2019 sehingga 13 Disember 2019 yang akan melibatkan 330 orang belia dari 10 buah negara ASEAN dan Jepun.

Program Kapal Belia Asia Tenggara – Jepun (SSEAYP) yang mula diperkenalkan pada tahun 1974 adalah program tahunan yang dianjurkan oleh Cabinet Office of Japan dengan kerjasama negara–negara ASEAN. Objektif utama program ini adalah untuk mengukuhkan hubungan dan membina kesefahaman serta jalinan kerjasama di antara negara ASEAN dan Jepun. Pelbagai aktiviti bakal diadakan seperti perpaduan, kesukarelawanan, perbincangan kumpulan, lawatan institusi, keluarga angkat dan persembahan kebudayaan telah dirangka untuk penyertaan belia sepanjang berada di atas kapal. Para belia turut akan berkongsi ilmu dan budaya negara masing-masing di atas Kapal Nippon Maru ini selama 52 hari.

Program yang diselaraskan oleh Bahagian Pembangunan Belia, Jabatan Belia dan Sukan Negara (JBSN) agensi di bawah KBS ini akan turut melibatkan program “Port of Call” di mana Malaysia telah dipilih menjadi tempat persinggahan Kapal Nippon Maru pada 29 November hingga 2 Disember 2019 nanti. Kapal yang membawa peserta belia ini akan turut membuat persinggahan di tiga negara lain iaitu Vietnam, Singapura, Myanmar dan Malaysia.

Taklimat ringkas mengenai peranan dan pembangunan belia yang digerakkan oleh IYC di persada antarabangsa dikongsikan oleh En. Salehudin bin Ghazali, Perunding Pembangunan Program Belia IYC. Peserta juga turut dibawa melawat ke bilik kemudahan dan penginapan di IYC dan tidak lupa juga projek tanaman bandar (urban farming). Selain itu juga, pelbagai aktiviti teambuilding telah diatur oleh pengurusan IYC dan pertandingan fotografi bertemakan persekitaran IYC bersama hashtag #IYCSSEAYP2019 di sepanjang tempoh mereka menetap di premis tersebut.

MAKLUMAN TERKINI

Makluman  

TEMPAH KEMUDAHAN IYC

Tempah bilik penginapan dan kemudahan IYC sekarang ! Untuk maklumat lanjut,sila hubungi kami di talian 03-91719204/5 atau layari http://live.ipms247.com/booking/book-rooms-yayasanpusatbeliaantarabangsa

 

Go to top
BCMath lib not installed. RSA encryption unavailable