Kuala Lumpur, 20 Disember 2019 - Pengurusan IYC telah menerima lawatan daripada Management & Science University, Malaysia.

Lawatan ini disertai oleh 16 pelajar tempatan dan antarabangsa yang diketuai oleh Pensyarah Klinikal Universiti, Pn. Nor Liana Che Yaacob.

Objektif lawatan ini adalah untuk mempelajari projek pertanian IYC yang menyokong prinsip ke-2 dan ke-11 dalam Matlamat Pembangunan Mampan (SDG). Pelajar-pelajar juga dapat  mempelajari kaedah pertanian dan memberi mereka pengalaman dan kesedaran berharga tentang keselamatan makanan yang memberi impak langsung terhadap perkembangan sosial dan ekonomi.

FaLang translation system by Faboba
BCMath lib not installed. RSA encryption unavailable