Kuala Lumpur, 29 November 2019 – Pusat Belia Antarabangsa (IYC) telah menerima delegasi lawatan daripada Korea Youth Work Agency (KYWA) pada 29 November 2019. Lawatan ini disertai oleh seramai 15 orang wakil KYWA yang diketuai oleh En. Lee  Yongkyu, Pengurus Besar Korea Youth Work Agency (KYWA). Lawatan ini bertujuan untuk bertukar-tukar fikiran dengan pihak IYC dalam mengurus fasiliti belia serta penganjuran program pembangunan belia bersifat antarabangsa


Taklimat berkaitan Pusat Belia Antarabangsa telah disampaikan oleh Encik Salehudin bin Ghazali, Perunding Pembangunan Program Belia IYC. Selain itu taklimat mengenai Institut Pembangunan Kecemerlangan Kepimpinan disampaikan oleh En. Mohd Afendi Bin Ya@Zakaria, Pengarah Unit Kluster Modal Insan, Pembangunan Kecemerlangan Kepimpinan dan taklimat seterusnya mengenai MyCorps disampaikan oleh Cik Asiah Aisyah Mohd Ali, Urusetia MyCorps.  

Pelawat juga telah dibawa untuk melihat kemudahan-kemudahan di IYC serta Projek Pertanian Bandar IYC di ruang bangunan IYC. Kesemua delegasi sangat teruja melihat projek pertanian bandar yang diusahakan oleh IYC dengan penggunaan ruang yang sangat minimum, yang juga mampu memuatkan penternakan ikan selain daripada sayur-sayuran

FaLang translation system by Faboba
BCMath lib not installed. RSA encryption unavailable