Arabic Chinese (Simplified) Chinese (Traditional) Hindi Japanese Korean Malay

 

2 September 2019, Pengurusan Pusat Belia Antarabangsa (IYC) telah menerima lawatan tapak daripada 'Cabinet Office of Japan' untuk PRE CONSULTATION PROGRAM (PCP) bagi Port Of Call Program Kapal Belia Asia Tenggara dan Jepun (SSEAYP) 46/2019.

Lawatan tapak ini adalah bagi perlaksanaan POC SSEAYP 46/2019 dan bertujuan untuk mengenal pasti tempat dan lokasi pelaksanaan Country Program ketika POC SSEAYP 46/2019.

Lawatan ini dihadiri oleh Mr. Etsushi Nagao, Unit Chief for SSEAYP, Cabinet Office of JAPAN dan Miss Tomita Yurie dari Tobu Top Tours Co Ltd serta diiringi oleh Puan Wan Azira Binti Abd Aziz Ketua Unit, Unit Hal Ehwal Antarabangsa, Bahagian Pembangunan Belia, Jabatan Belia dan Sukan Negara dan Encik Nik Muhammad Asraff Bin Nik Mod Kamal, Penolong Pengarah Unit Hal Ehwal Antarabangsa.

Taklimat ringkas mengenai peranan dan program-program pembangunan belia IYC peringkat antarabangsa dan nasional telah disampaikan oleh YBrs. Dr. Mohamed Maliki Bin Mohamed Rapiee selaku Pengarah IYC serta lawatan ke bilik-bilik kemudahan dan penginapan yang boleh ditawarkan oleh IYC. Antara projek menarik yang telah dikongsikan ialah projek pertanian bandar di 'rooftop' IYC.

Turut hadir semasa lawatan ini ialah Encik Salehudin Bin Ghazali selaku perunding program IYC dan Puan Haslinda Binti Wahab Penolong Eksekutif (Pemasaran).

MAKLUMAN TERKINI

  

IYCEP (MALAYSIA-MALDIVES) - Sedang berlangsung

 

IYCEP (TURKEY - POLAND - CZECH REPUBLIC) - DAFTAR

 

 

IYCEP (MALAYSIA - AUSTRALIA) - DAFTAR

TEMPAH KEMUDAHAN IYC

Tempah bilik penginapan dan kemudahan IYC sekarang ! Untuk maklumat lanjut,sila hubungi kami di talian 03-91719204/5 atau layari http://live.ipms247.com/booking/book-rooms-yayasanpusatbeliaantarabangsa

 

Go to top
BCMath lib not installed. RSA encryption unavailable