KUALA LUMPUR, 13 Februari 2015 – Pengurusan Pusat Belia Antarabangsa (IYC) telah menganjurkan Kursus Pemahaman dan Penyediaan Dokumen serta Audit Dalaman MS ISO 9001 : 2008 Sistem Pengurusan Kualiti (SPK) Pusat Belia Antarabangsa (IYC) bermula pada 10 hingga 12 Februari 2015 di IYC. Kursus ini telah dikendalikan sepenuhnya oleh pihak konsultan KMK yang telah dilantik untuk menjayakan pelaksanaan Sistem Pengurusan Kualiti MS ISO 9001 : 2008

 

Seramai 22 orang kakitangan IYC telah hadir yang terdiri daripada kumpulan Pengurusan dan Profesional dan kumpulan khidmat sokongan.  

Kursus ini bertujuan untuk melengkapkan peserta dengan pengetahuan dan kemahiran yang diperlukan bagi melaksanakan Sistem Pengurusan Kualiti MS ISO 9001 : 2008 yang berasaskan Standard Management System Auditing ISO 19011 : 2002.

 

Antara pengisian kursus adalah pengenalan tugasan sebagai audit dalaman, penyediaan dokumentasi yang mengikut piawaian yang telah ditetapkan, latihan amali dan peperiksaan audit untuk menguji tahap pemahaman para peserta.

Majlis penutup kursus ini telah disempurnakan dengan ucapan ringkas dan penyampaian sijil kepada peserta oleh Cik Azura binti Abidin, selaku Pengarah IYC.

 

Disediakan oleh: Dewi Yusmalaila binti Muhamad

Email: Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.    

Disunting oleh: Hazila binti Kamaruddin

 

 

 

FaLang translation system by Faboba
BCMath lib not installed. RSA encryption unavailable