Arabic Chinese (Simplified) Chinese (Traditional) Hindi Japanese Korean Malay

KUALA LUMPUR, 5 November 2014 – Pengurusan Pusat Belia Antarabangsa (IYC) telah mengatur satu kursus Kecemerlangan Setiausaha dan Pembantu Tadbir yang telah dikendalikan oleh En. Md. Sarif bin Md. Som, Kluster Pengajian Etika Profesional dan Integriti INTAN, Bukit Kiara pada 3 hingga 4 November 2014 bertempat di Bilik Anggerik, IYC.

Seramai 11 orang peserta dari kalangan Ketua Pembantu Tadbir, semua Pembantu Tadbir dan Pembantu Program yang terlibat di dalam kursus ini. Dua (2) orang pelajar praktikal daripada Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) menjadi urusetia sepanjang program berlangsung.

Kursus ini diadakan bertujuan supaya peserta boleh bekerja secara profesional dalam satu organisasi di samping itu memupuk nilai-nilai murni serta membentuk amalan budaya kerja cemerlang dalam sesebuah oraganisasi.

Kursus ini berakhir dengan penyampaian sijil penghargaan yang disampaikan oleh Pn. Hazila binti Kamaruddin.

MAKLUMAN TERKINI

 IKLAN JAWATAN KOSONG - MUAT TURUN BORANG

 

IYCEP (MALAYSIA-MALDIVES) - DAFTAR

IYCEP (TURKEY - POLAND - CZECH REPUBLIC) - DAFTAR

 

TEMPAH KEMUDAHAN IYC

Tempah bilik penginapan dan kemudahan IYC sekarang ! Untuk maklumat lanjut,sila hubungi kami di talian 03-91719204/5 atau layari http://live.ipms247.com/booking/book-rooms-yayasanpusatbeliaantarabangsa

 

Go to top
BCMath lib not installed. RSA encryption unavailable