Jakarta, 28 Februari 2019 – Satu Majlis Kunjung Hormat kepada H.E Kung Phoak, Timbalan Ketua Setiausaha ASEAN di Ibu Pejabat ASEAN, Jakarta Indonesia daripada Delegasi ASIA SPEAKS telah diadakan pada 27 Februari 2019.

Rombongan ini telah diketuai oleh YBhg. Dr. Mohamed Maliki Mohamed Rapiee, Pengarah Pusat Belia Antarabangsa (IYC) merangkap Setiausaha Agung Majlis Belia Asia (AYC). Rombongan ini juga turut dihadiri oleh YBhg Prof Dr Abdul Rashid Mohamad, Principal Asian Youth Academy, En. Muhammad Fadzli Hasan, Timbalan Presiden Majlis Belia Malaysia (MBM), En. Mohammad Shukeri Drahman, Pegawai Belia dan Sukan, KBS dan Sekretariat ASIA SPEAKS.

Program ASIA SPEAKS akan diadakan di IPB Universiti, Bogor, Indonesia pada 28 Februari 2019. Program ini merupakan program kerjasama di antara Pusat Belia Antarabangsa (IYC) Kuala Lumpur bersama Kementerian Belia dan Sukan Malaysia, Majlis Belia Asia (AYC), Majlis Belia Malaysia (MBM), IPB Universiti, Bogor, Indonesia, Asian Youth Academy (AYA) dan Asia Youth Network (AYN).

Menerusi kunjung hormat ini, banyak perkara yang telah dibincangkan termasuk kerjasama dua hala diantara kedua-dua pihak di dalam program-program belia di ASEAN termasuk penganjuran Sambutan Hari Belia ASEAN bersempena ASEAN DAY yang akan disambut pada setiap 8 Ogos pada setiap tahun.

Diharapkan pertemuan ini menjadi satu titik tolak hubungan yang lebih erat lagi diantara kedua-dua pihak.

 

                                                                         Disediakan oleh : Mohd Fauzi B. Khalip                                                                       E-mel : Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

                                                                             Disemak oleh : Marzuki B. Hashim                                                                              E-mel : Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

 

FaLang translation system by Faboba
BCMath lib not installed. RSA encryption unavailable