Arabic Chinese (Simplified) Chinese (Traditional) Hindi Japanese Korean Malay

Kuala Lumpur, 10 November 2018 – Pengurusan IYC telah menerima satu kunjung hormat daripada 20 orang pelajar bersama En. Na Woohyeon, Pengetua dan dua (2) orang tenaga pengajar Pn. Seo Yeonju dan En. Cho Kugyoun dari Sekolah Menengah Daejon Geulkkot, Korea pada 9 November 2018 bertempat di Bilik Anggerik, IYC.

Tujuan utama lawatan ini adalah untuk memberi peluang dan pendedahan kepada pelajar-pelajar sekolah dari Korea ini untuk mengenali serta bertukar – tukar pengetahuan mengenai budaya di antara masyarakat Korea dan Malaysia.

Selain itu, ia juga adalah untuk memberi peluang kepada pelajar – pelajar ini melawat beberapa tempat – tempat menarik di negara ini selain daripada mempelajari bagaimana masyarakat di Malaysia mempraktikkan sosial budaya yang pelbagai kaum di negara ini.

En. Salehudin Bin Ghazali, Felo IYC telah memberikan penerangan ringkas tentang  IYC, iaitu berkaitan program pembangunan belia, fasiliti dan kemudahan yang ditawarkan dan disediakan di IYC. Sesi lawatan ini turut hadiri oleh beberapa orang pegawai dan kakitangan IYC.

Antara aktiviti yang diselitkan sepanjang lawatan ini adalah persembahan tarian zapin daripada pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Cochrane Perkasa, Cheras, Kuala Lumpur dan persembahan puisi serta syair daripada pelajar Sekolah Kebangsaan Taman Seroja, Cheras, Kuala Lumpur.

Pelajar-pelajar ini turut dibawa melawat ke Projek Pertanian Bandar di bumbung bangunan IYC yang telah diusahakan sendiri oleh kakitangan IYC. Diharapkan dengan sesi lawatan ini, ia dapat memberikan sedikit maklumat serta pengetahuan tentang IYC dan mengenai budaya di Malaysia.

 

Disediakan oleh: Dewi Yusmalaila binti Muhamad

Emel : Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.           

 

Disunting oleh   : Hasnila binti Mohd Jani

Emel : Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

MAKLUMAN TERKINI

PERTANDINGAN BOLA JARING TERBUKA IYC 2019  - MUAT TURUN BORANG

 

 IKLAN JAWATAN KOSONG - MUAT TURUN BORANG

 

IYCEP (MALAYSIA-MALDIVES) - DAFTAR

IYCEP (TURKEY - POLAND - CZECH REPUBLIC) - DAFTAR

 

TEMPAH KEMUDAHAN IYC

Tempah bilik penginapan dan kemudahan IYC sekarang ! Untuk maklumat lanjut,sila hubungi kami di talian 03-91719204/5 atau layari http://live.ipms247.com/booking/book-rooms-yayasanpusatbeliaantarabangsa

 

Go to top
BCMath lib not installed. RSA encryption unavailable