Arabic Chinese (Simplified) Chinese (Traditional) Hindi Japanese Korean Malay
 
SEPANG, 28 MEI 2015 – “ Saya berharap segala apa yang dilakukan hendaklah bersandarkan kepada prinsip-prinsip Integriti dan kompeten”. Demikian diucapkan Ketua Setiausaha Kementerian Belia dan Sukan (KBS), Datuk Jamil Salleh ketika berucap di Majlis Perjumpaan dan Sesi Dialog Ketua Setiausaha Kementerian Belia dan Sukan bersama pegawai-pegawai Skim Perkhidmatan Perakaunan KBS sempena Kursus Malaysia Public Sector Accounting Standards (MPSAS) Siri.1/2015 di Hotel Sri Malaysia, Bagan Lalang, dekat sini hari ini.

Beliau merujuk kepada urusan kerja pegawai Skim Kewangan yang bertanggungjawab memproses bayaran dari segi gaji dan juga tuntutan beyaran kerja yang berkaitan. Para pegawai skim kewangan juga terlibat secara langsung dalam menguruskan wang kementerian agar sentiasa berhemah dalam perbelanjaan. Dalam masa yang sama, beliau berpesan agar segera memproses sebarang urusan berkaitan kewangan sekiranya segala dokumen dan butiran telah lengkap. “ Kalau kita nak berjaya kita perlu sentiasa mengubah cara kerja dan cara hidup atau dengan kata yang lebih mudah lakukan transformasi”, ujar beliau.

“ Walaupun anda ditempatkan dan bertugas di KBS, namun saya sebagai Ketua Setiausaha Kementerian tetap menjadi sebagai “ Bapa Angkat ” untuk anda semua sebagai Skim Pegawai Kewangan yang merupakan salah satu skim perjawatan di bawah Jabatan Akauntan Negara”, tambah beliau. Hadir sama di majlis ini Ketua Akauntan KBS, Norliza i Ahmad serta timbalannya, Shahrin Haji Shaari.






Oleh :
Khalid Khairuddin ( Unit Komunikasi Korporat KBS)
Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

Disunting :
Razali Haji Mohamed Yassin (Unit Komunikasi Korporat KBS)
Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

MAKLUMAN TERKINI

 IKLAN JAWATAN KOSONG - MUAT TURUN BORANG

 

IYCEP (MALAYSIA-MALDIVES) - DAFTAR

IYCEP (TURKEY - POLAND - CZECH REPUBLIC) - DAFTAR

 

TEMPAH KEMUDAHAN IYC

Tempah bilik penginapan dan kemudahan IYC sekarang ! Untuk maklumat lanjut,sila hubungi kami di talian 03-91719204/5 atau layari http://live.ipms247.com/booking/book-rooms-yayasanpusatbeliaantarabangsa

 

Go to top
BCMath lib not installed. RSA encryption unavailable