Arabic Chinese (Simplified) Chinese (Traditional) Hindi Japanese Korean Malay

PUTRAJAYA, 11 JANUARI 2016 – “ Semoga tahun 2016 menjadi satu tahun yang bakal memberikan kesan kepada rakyat Malaysia khususnya golongan Belia”. Demikian ujar Menteri Belia dan Sukan, YB Encik Khairy Jamaluddin sewaktu menyampaikan amanat sempena Majlis Perhimpunan Mesra Bulanan Januari 2016 di Dewan Serbaguina Podium B, Menara Kementerian Belia Dan Sukan (KBS).

 

Beliau turut mengingatkan warga Team KBS bahawa belia pada masa ini sentiasa mengikuti perkembangan dan segala keputusan yang dibuat oleh kerajaan. Beliau menjelaskan beberapa isu semasa terutama berkaitan aspek perbelanjaan dan bajet.

 

“ Walaupun peruntukan kepada KBS terdapat pengurangan berbanding sebelum ini namun kita komited untuk melaksanakan segala program yang telah dirancang dengan jayanya termasuklah melibatkan agensi swasta”.

 

“Kita tidak boleh mengharapkan dana dari kerajaan semata-mata. Kita perlu mengubah cara pemikiran dan sikap kita agar seiring dengan kemajuan pada hari ini”, tambah beliau lagi dengan meletakkan sasaran agar kesemua program KBS pada tahun 2016 dapat memberikan kesan yang positif kepada rakyat walaupun dalam skala yang kecil.

 

Majlis Perhimpunan Mesra Bulanan bagi Bulan Januari merupakan pembuka tirai kepada tahun 2016. Di majlis ini juga turut diadakan Anugerah Pekerja Terbaik Bulanan Bagi Bulan Disember 2015, dengan Kategori Kumpulan Pengurusan dan Professional telah dianugerahkan kepada Azlina Zainal Abidin dari Bahagian Pembangunan Kemahiran Belia, serta Kategori Kumpulan Pelaksana telah dianugerahkan kepada Mariaton Omar dari Bahagian Akaun.

 

Majlis ini turut dihadiri oleh Ketua Setiausaha Kementerian Belia dan Sukan, Datuk Jamil Salleh, Timbalan-timbalan Ketua Setiausaha Kementerian, Dato’ Harun Che Su dan Lokman Hakim Ali, dan Ketua Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negara, Datuk Hajah Hatipah Ibrahim.

 

Oleh : Khalid Khairuddin ( Unit Komunikasi Korporat KBS)

Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

 

Disunting : Razali Haji Mohamed Yassin (Unit Komunikasi Korporat KBS)

 

Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

MAKLUMAN TERKINI

  

IYCEP (MALAYSIA-MALDIVES) - Sedang berlangsung

 

IYCEP (TURKEY - POLAND - CZECH REPUBLIC) - DAFTAR

 

 

IYCEP (MALAYSIA - AUSTRALIA) - DAFTAR

TEMPAH KEMUDAHAN IYC

Tempah bilik penginapan dan kemudahan IYC sekarang ! Untuk maklumat lanjut,sila hubungi kami di talian 03-91719204/5 atau layari http://live.ipms247.com/booking/book-rooms-yayasanpusatbeliaantarabangsa

 

Go to top
BCMath lib not installed. RSA encryption unavailable