Kuala Lumpur, 11 Februari 2018 – Seramai 56 pelatih dari SMK Jalan Empat, Bangi, SMK Kajang Utama dan SMK Tun Mutahir, Melaka telah menyertai Kem Olahraga IYC 2018 selama 3 hari, bermula pada 9 hingga 11 Februari 2018. Program ini telah dijalankan di Pusat Belia Antarabangsa (IYC) dan juga Balapan Stadium Mini SMK Seri Permaisuri, Cheras.

Program anjuran IYC dengan kerjasama Institut Sukan Negara (ISN) adalah bertujuan untuk memberi pendedahan ke arah mempertingkatkan lagi corak latihan agar kemas dan efisien disamping menerapkan pengetahuan tentang sains sukan, pembangunan sahsiah diri dan juga penyediaan atlet yang berdisiplin yang mampu menyiapkan mereka ke peringkat yang lebih jauh.

Selain menyertai sesi latihan bersama jurulatih di balapan, para peserta juga berpeluang memahami corak dan gaya kehidupan seorang atlet Negara sewaktu sesi Perkongsian bersama Elena Goh yang merupakan atlet negara yang telah memenangi emas di dalam acara Lumba Jalan Kaki pada temasya Sukan Sea 2017 di Kuala Lumpur. Majlis penutup serta penyampaian sijil telah disempurnakan oleh Pengarah IYC, Dr. Mohamed Maliki b. Mohamed Rapiee.

Disediakan oleh : Jadzreill b. Jaafar
Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya. 

Disemak oleh : Marzuki B. Hashim
Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya. 
FaLang translation system by Faboba
BCMath lib not installed. RSA encryption unavailable