Arabic Chinese (Simplified) Chinese (Traditional) Hindi Japanese Korean Malay

Kuala Lumpur, 26 November 2017 - Minggu pertama cuti sekolah akhir tahun ini tidak disia-siakan oleh beberapa orang remaja yang telah menyertai Kem Generasi Muda Holistik yang merupakan anjuran bersama Pusat Belia Antarabangsa (IYC) dan Centre of Business (CBE) Universiti Malaya dengan kerjasama LahaZone pada 25 hingga 26 November 2017 di Dewan Kampo, IYC.

 

Penyertaan yang melibatkan hampir 100 orang remaja berumur antara 10 hingga 18 tahun dengan pelbagai latarbelakang demografi. Program ini sangat berbeza dari segi pengisiaannya yang mana ianya berasaskan aktiviti bagi membolehkan para peserta menguasai asas kemahiran insaniah seperti teknik mentaliti proaktif, teknik bermonolog, teknik mencipta suis emosi dan teknik-teknik lain yang telah diterokai dalam kehidupan seharian secara holistik. 

 

Penceramah yang telah menjayakan program ini antaranya ialah  YBhg. Dr. Hj. Mohamed Maliki selaku Pengarah IYC, YBhg. Dr. Ahmad Zahiruddin, Pengarah CBE UM, Tuan Osman Affan, Cikgu Jinggo dan Puan Nur Lahaniz Daud. Majlis berakhir dengan penyampaian sijil kepada peserta dan cenderahati kepada peserta yang bertuah.

 

Disediakan oleh : Hazila Kamaruddin

E-mel : Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya. 

INFO TERKINI

Permohonan UPU Online. Sila klik Daftar untuk mendapatkan borang pendaftaran.

 

Permohonan UPU Online. Sila klik Daftar untuk mendapatkan borang pendaftaran.

 

KENYATAAN MEDIA : ACARA KLANG CITY INTERNATIONAL MARATHON 2017

 

Go to top
BCMath lib not installed. RSA encryption unavailable