Arabic Chinese (Simplified) Chinese (Traditional) Hindi Japanese Korean Malay

 Kuala Lumpur, 3 Mac 2018 - Sebanyak 30 pasukan telah menyertai Kejohanan Bola Jaring Terbuka IYC 2018 yang telah berlangsung di Pusat Kecemerlangan Sukan Paralimpik, Kampung Pandan pada 3 Mac 2018 yang bermula dari jam 8.30 pagi dan berakhir pada jam 6.00 petang. 

Program anjuran IYC dengan kerjasama Persatuan Bola Jaring Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (PBJWP) adalah bertujuan untuk memperkasakan penglibatan belia dalam mencungkil bakat baru khususnya dalam sukan bola jaring serta memupuk semangat perpaduan dan integrasi kaum melalui sukan bola jaring.

Dua kategori yang dipertandingkan iaitu, Kategori Bawah 18 Tahun dan Kategori Wanita Terbuka telah menawarkan hadiah wang tunai berserta medal dan sijil bagi tempat keempat hingga johan bagi setiap kategori. Bagi Kategori Bawah 18 Tahun, johan jatuh kepada pasukan Dream Team B manakala johan bagi Kategori Wanita Terbuka pula dimenangi oleh pasukan PPO.

Majlis penutup serta penyampaian sijil telah disempurnakan oleh En.Marzuki b. Hashim, Eksekutif Kanan (Program) dan Pn. Hasnila Bt. Mohd. Jani, Eksekutif Kanan (Pentadbiran) IYC.

 

 

Disediakan oleh :

Jadzreill b. Jaafar

Penolong Eksekutif (Program)

 

Disemak oleh :

Marzuki B. Hashim

Eksekutif Kanan (Program)

 

INFO TERKINI

MAKLUMAN  

PENDAFTARAN PROGRAM

IYCEP - International Youth Centre Exchange Programme (Malaysia - Republic of Korea)

Sila klik pautan<http://www.iyckul.org.my/my/component/jdownloads/download/1-root/20-iycep-international-youth-centre-exchange-programme-malaysia-korea.html?Itemid=1152 untuk maklumat lanjut.

 

TEMPAHAN KEMUDAHAN IYC

Tempah bilik penginapan dan kemudahan IYC sekarang ! Untuk maklumat lanjut,sila hubungi kami di talian 03-91719204/5 atau layari http://live.ipms247.com/booking/book-rooms-yayasanpusatbeliaantarabangsa.

 

 

Go to top
BCMath lib not installed. RSA encryption unavailable