Arabic Chinese (Simplified) Chinese (Traditional) Hindi Japanese Korean Malay

Kuala Lumpur, 10 September 2018 - Sebanyak 36 pasukan telah menyertai Kejohanan Bola Jaring Terbuka IYC 2018 Siri 2 yang telah berlangsung pada 8 hingga 9 September 2018, di Taman Rekreasi Pantai Eco Park, Pantai Dalam, Kuala Lumpur. 

Kejohanan ini adalah anjuran Pusat Belia Antarabangsa (IYC) dengan kerjasama Persatuan Bola Jaring Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (PBJWP). Tujuan utama kejohanan ini diadakan adalah untuk memperkasakan penglibatan belia dalam mencungkil bakat baru khususnya dalam sukan bola jaring serta memupuk semangat perpaduan dan integrasi kaum melalui sukan bola jaring.

Kejohanan ini telah dibahagikan kepada tiga kategori iaitu, Kategori Terbuka Wanita (Profesional), Kategori Terbuka Wanita (Amatur) dan Kategori Terbuka Wanita (Bawah 16 Tahun) dengan menawarkan hadiah wang tunai berserta medal dan sijil bagi tempat keempat hingga johan bagi setiap kategori.

Bagi Kategori Terbuka Wanita (Profesional), johan telah dimenangi oleh pasukan IYCKL, Naib Johan oleh pasukan DE Fighters, Tempat Ketiga Black Panters dan Tempat Keempat oleh pasukan Vampirez. Bagi Kategori Terbuka Wanita (Amatur) pula, Johan telah dimenangi oleh pasukan PPO, Naib Johan oleh WMIX MC, Tempat Ketiga oleh Volts dan Tempat keempat pula oleh Kampung Girls. Manakala, pemenang bagi Kategori Terbuka Wanita (Bawah 16 Tahun), johan telah dimenangi oleh pasukan Lionezz,  Naib Johan oleh MBPJ Avatar, Tempat Ketiga pula oleh MBPJ Fighters dan Tempat keempat oleh Hot Shots.

Majlis penutup serta penyampaian hadiah telah disempurnakan oleh YBhg. Dr. Mohamed Maliki B. Mohamed Rapiee, Pengarah Pusat Belia Antarabangsa (IYC) dan En. Marzuki B. Hashim, Eksekutif Kanan (Program).  

 

Disediakan oleh : Mohd Fauzi Khalip

E-mel : Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

Disemak oleh : Marzuki B. Hashim

E-mel : Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

MAKLUMAN TERKINI

 

 

Makluman  

Jom dapatkan tawaran menarik dari kami !!!!
Harga serendah RM 25/pax
beserta sarapan pagi @ minum petang untuk
Pakej Mesyuarat di IYC.

tempah sekarang 📞📞📞
Hubungi kami di;
03-91719204/05

 

Dapatkan harga serendah RM 80
untuk Bilik Penginapan di IYC !!!

Apa tunggu lagi !!!
Untuk pertanyaan dan tempahan boleh
hubungi IYC di talian 03- 91719204/05

 

 

Kini semuanya lebih mudah untuk mengetahui tentang kemudahan dan promosi yang ditawarkan oleh IYC di era digital.
Pelanggan boleh berurusan secara terus dengan kami bagi urusan tempahan dan pertanyaan tentang
pakej- pakej istimewa melalui aplikasi 'Online Chat' (Whatsapp dan Telegram).

Jangan lupa untuk imbas kod bar di paparan banner bagi urusan yang menggunakan platform
'Whatsapp' dan sertai saluran telegram 'IYCRESIDENCEKL' untuk berhubung dengan kami.

 

 

TEMPAH KEMUDAHAN IYC

Tempah bilik penginapan dan kemudahan IYC sekarang ! Untuk maklumat lanjut,sila hubungi kami di talian 03-91719204/5 atau layari http://live.ipms247.com/booking/book-rooms-yayasanpusatbeliaantarabangsa

 

Go to top