Arabic Chinese (Simplified) Chinese (Traditional) Hindi Japanese Korean Malay

CHERAS, KUALA LUMPUR – Slot Ulasan Buku telah disampaikan oleh En. Salehudin Ghazali dengan buku yang bertajuk “Rempah Ratus Khasit Makanan dan Ubatan, diikuti oleh Pn. Rohana Bt Abdul Rahman, “Demi Masa” dan Pn. Nurul Saidah Bt. Abdul Samad, “Catatan Matlutfi”. Perhimpunan Bulanan kakitangan IYC telah diadakan pada hari Khamis, 12 November 2015 di Bilik Bunga Raya IYC pada jam 8:45 pagi. Pengerusi majlis pada kali ini ialah Pn. Nor Aishah Bt. Hj. Mohd Shariff. Perhimpunan ini telah dimulai oleh bacan doa yang diketuai oleh En. Mohd Fauzi B. Khalip dan disusuli oleh nyanyian lagu Negaraku, Bahasa Jiwa Bangsa dan Lagu Wawasan IYC. Perhimpunan kali ini juga turut meraikan Sambutan Bulan Kebangsaan 2015 Peringkat KBS sempena bulan Bahasa Kebangsaan 2015 yang telah dilancarkan pada 11 November 2015 di Podium B, Menara KBS Putrajaya.

 

Pengarah IYC, dalam ucapanya menegaskan bertapa pentingnya bekerja dalam satu pasukan dan dalam masa yang sama menerapkan nilai – nilai murni seperti keikhlasan dan integriti. Beliau juga menekankan sikap kerja secara optimis, jangan berhenti dan teruskan usaha serta memikirkan kepentingan masyarakat dengan mengambil pendekatan World Value dan Humanity.

 

Didalam ucapanya juga, Pengarah IYC turut menekankan konsep Wisdom iaitu bekerja untuk masyarakat dan berusaha untuk lebih daripada sekadar melakukan kerja hakiki saja serta bekerja seperti aktivis. Pengarah IYC juga turut  menerapkan konsep kecerdikan akal dan kecerdikan hati, iaitu seseorang manusia itu perlu melihat sesuatu diluar jangkauan manusia biasa.

 

Pengarah IYC juga turut berterima kasih kepada kakitangan IYC kerana setia dan bekerja keras bersama – sama dalam memajukan IYC supaya terus kehadapan bersama didalam usaha untuk memajukan masyarakat.

 

Penerima Anugerah Pekerja Terbaik Bulan Oktober 2015 telah di anugerahkan kepada En. Mohd Aminnullah Bin Mohd Hanapiah, kakitangan di Bahagian Program.

 

Majlis perhimpunan telah diakhiri dengan penyampaian cenderahati kepada kakitangan yang  menyambut Hari Lahir pada bulan November dan jamuan ringan.

 

Disediakan oleh: Mohd Fauzi Khalip 

Email: Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

Disunting oleh: Hazila binti Kamaruddin

Email : Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

 

MAKLUMAN TERKINI

  

IYCEP (MALAYSIA-MALDIVES) - Sedang berlangsung

 

IYCEP (TURKEY - POLAND - CZECH REPUBLIC) - DAFTAR

 

 

IYCEP (MALAYSIA - AUSTRALIA) - DAFTAR

TEMPAH KEMUDAHAN IYC

Tempah bilik penginapan dan kemudahan IYC sekarang ! Untuk maklumat lanjut,sila hubungi kami di talian 03-91719204/5 atau layari http://live.ipms247.com/booking/book-rooms-yayasanpusatbeliaantarabangsa

 

Go to top
BCMath lib not installed. RSA encryption unavailable