Arabic Chinese (Simplified) Chinese (Traditional) Hindi Japanese Korean Malay
 
 
PUTRAJAYA, 30 JUN 2016 – Kementerian Belia Dan Sukan (KBS) sentiasa menghargai sumbangan kakitangan kumpulan sokongan walaupun ada pihak yang melihat sumbangan itu kecil. 

Menteri Belia Dan Sukan, YB Encik Khairy Jamaludin berkata, peranan yang dimainkan kumpulan sokongan seperti pembantu operasi, pembantu awam, pengawal keselamatan dan pekerja pembersihan dilihat begitu besar dan penting.

Pihak-pihak ini memainkan peranan masing-masing dengan begitu berkesan sehingga melicinkan urusan pentadbiran harian di kementerian ini. YB Encik Khairy juga berterima kasih dengan sumbangan yang diberikan dan mahukan agar soal kebajikan mereka ini sentiasa diberi keutamaan.

Beliau mahukan agar majlis penyampaian seperti ini diteruskan setiap tahun sebagai menghargai sumbangan yang diberikan mereka. Beliau berkata demikian di Majlis Penyampaian Sumbangan Raya kepada 93 kakitangan sokongan yang terdiri daripada pembantu operasi, pemandu, pembantu awam, pengawal keselamatan dan pekerja pembersihan di Bilik Mesyuarat Utama, Aras 15, Menara KBS hari ini.

Terdahulu, Ketua Setiausaha KBS, Dato’ Lokman Hakim Ali mahukan agar semua kakitangan kumpulan sokongan terus memberikan komitmen dan sumbangan bagi mencapai visi dan misi KBS selain menjaga integriti, disiplin, amanah serta memenuhi tanggungjawab yang diberikan.

Katanya, jika seseorang itu “mencuri masa” di waktu bertugas dengan melakukan tugas-tugas peribadi, maka jumlah masa yang diambil begitu lama jika dihimpunkan untuk jangka masa sebulan, setahun atau lebih dari itu. Beliau mengingatkan tentang keberkatan pendapatan yang diperoleh dengan melakukan kerja-kerja yang diamanahkan setiap masa.

Oleh : Razali Haji Mohamed Yassin (Unit Komunikasi Korporat KBS)
Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

MAKLUMAN TERKINI

 IKLAN JAWATAN KOSONG - MUAT TURUN BORANG

 

IYCEP (MALAYSIA-MALDIVES) - DAFTAR

IYCEP (TURKEY - POLAND - CZECH REPUBLIC) - DAFTAR

 

TEMPAH KEMUDAHAN IYC

Tempah bilik penginapan dan kemudahan IYC sekarang ! Untuk maklumat lanjut,sila hubungi kami di talian 03-91719204/5 atau layari http://live.ipms247.com/booking/book-rooms-yayasanpusatbeliaantarabangsa

 

Go to top
BCMath lib not installed. RSA encryption unavailable