Arabic Chinese (Simplified) Chinese (Traditional) Hindi Japanese Korean Malay

 

 

KUALA LUMPUR – Karnival Kerjaya dan Keusahawanan anjuran bersama Persatuan Ibu Bapa dan Komuniti Bangsar & Pudu, Pejabat Pendidikan Wilayah Bangsar & Pudu, Kuala Lumpur, Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan (JPWP), Pusat Belia Antarabangsa (IYC) dan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) telah berlansung pada 18 – 19 Mac 2015 bertempat di IYC.

Program ini dirangka bertujuan bagi mendedahkan kepada ibubapa dan komuniti tentang Anjakan Ke-9 dalam 3PM dalam masa yang sama pihak pengurusan acara dengan kerjasama PIBK sedaya upaya memberikan kesedaran penting penglibatan ibubapa dan komuniti dalam pendidikan pelajar.

Antara pengisian program adalah seperti peluang penajaan dan pembiayaan pelajaran, bengkel dalam bidang elektronik, percetakan 3D dan pameran pendidikan.

Manakala bagi kerjaya dan keusahawanan seperti pameran kerjaya dan kaunseling dari syarikat korporat, syarikat teknologi Maklumat dan beberapa syarikat lain. Sesi penerangan khas tentang kerjaya dan keusahawanan telah disampaikan oleh penceramah jemputan iaitu En. Zaidi Mohamad, Perunding Motivasi Keluarga.

 

Turut hadir ke karnival tersebut adalah Tn. Hj. Ismail Musa, Timbalan Pengarah Jabatan Pendidikan Wilayah Bangsar dan Pudu, Pn. Asiah Hussein, Ketua Sektor Pejabat Pendidikan Wilayah Persekutuan(Pengurusan Sekolah), En. Wan Zaidi, Pengarah Program Kerjaya dan Keusahawanan serta Cik Azura Abidin, Pengarah IYC.

 

Ditulis oleh : Pn Dewi Yusmalaila

E-mail : Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

MAKLUMAN TERKINI

PERTANDINGAN BOLA JARING TERBUKA IYC 2019  - MUAT TURUN BORANG

 

 IKLAN JAWATAN KOSONG - MUAT TURUN BORANG

 

IYCEP (MALAYSIA-MALDIVES) - DAFTAR

IYCEP (TURKEY - POLAND - CZECH REPUBLIC) - DAFTAR

 

TEMPAH KEMUDAHAN IYC

Tempah bilik penginapan dan kemudahan IYC sekarang ! Untuk maklumat lanjut,sila hubungi kami di talian 03-91719204/5 atau layari http://live.ipms247.com/booking/book-rooms-yayasanpusatbeliaantarabangsa

 

Go to top
BCMath lib not installed. RSA encryption unavailable