CHERAS, KUALA LUMPUR – Slot Perkongsian Ilmu telah disampaikan oleh pelajar praktikal mengenai Kaedah Pembelajaran Universiti Conventry dan Digital Teknologi serta Masyarakat pada 31 Mac 2015 (Selasa) bertempat di Bilik Bunga Raya.

Dua (2) orang pelajar praktikal iaitu Cik Nur Shahrul Wahyuni dan Cik Myra Shafiena telah menjalani latihan industri di IYC selama 3 bulan bermula 1 Januari 2015 hingga 31 Mac 2015. Kedua – dua pelajar praktikal ini telah mengambil jurusan Ijazah Sarjana Muda Teknologi Maklumat Perniagaan dari Kolej Polytech Mara (KPTM) Kuala Lumpur

Di dalam slot tersebut mereka telah menyampaikan serba ringkas tentang sebuah universiti yang terletak di Coventry, England. Universiti ini dikenali sebagai Politeknik Lanchester sehingga 1987 dan Politeknik Coventry sehingga dianugerahkan status universiti.

Universiti ini terdiri daripada empat fakulti dan satu sekolah yang menguruskan beberapa anak syarikat komersial. Universiti ini juga turut menyediakan perkhidmatan kepada organisasi perniagaan tempatan dan kebangsaan di sana.

Slot ini juga memberikan tips serta langkah-langkah keselamatan serta bagaimana untuk mengurangkan risiko laman web dan jaringan internet dari digodam oleh pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab.

Majlis diakhiri dengan sesi foto berkumpulan dan jamuan ringan.

 

Di sediakan oleh: Muhammad Mazwan Bin Mazny

 

Email: Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

FaLang translation system by Faboba
BCMath lib not installed. RSA encryption unavailable