Arabic Chinese (Simplified) Chinese (Traditional) Hindi Japanese Korean Malay

Kuala Lumpur, 10 Disember 2017 - IYCKL Chess Challenger 2017 telah berlangsung di Dewan Kampo, Pusat Belia Antarabangsa (IYC),Cheras. Pertandingan ini dianjurkan oleh pihak IYC dengan kerjasama Kelab Catur Elite 18, Putrajaya (KCE18). Sebanyak tiga kategori utama yang dipertandingkan iaitu Kategori Terbuka, Bawah 18 Tahun dan Bawah 12 Tahun. Pertandingan ini bertujuan membentuk generasi pelajar yang memiliki keyakinan diri yang tinggi, berketerampilan, berdaya saing, kreatif serta inovatif dalam menyelesaikan masalah dan menghadapi pebagai cabaran kehidupan. Pertandingan ini menggabungkan peserta cilik dengan pemain-pemain catur berpengalaman dengan jumlah seramai 250 orang pemain.

Bagi Kategori Bawah 12 Tahun Lelaki, disandang oleh 20 orang peserta lelaki dan diikuti 20 orang peserta bagi perempuan. Bagi Kategori Terbaik Bawah 7 tahun dimenangi oleh 6 orang peserta. Seramai 17 orang peserta terbaik bagi Kategori Bawah 18 Tahun Perempuan dan 20 orang peserta terbaik lelaki, sementara bagi Kategori Terbuka pula seramai 15 orang peserta lelaki dan seorang peserta perempuan telah memenangi pertandingan ini.

Sebanyak 4 buah sekolah telah diumumkan sebagai penyertaan ramai iaitu SJKT Taman Melawati (Kuala Lumpur),  SJKT Port Dickson (Negeri Sembilan), SK Bukit Jalil (Kuala Lumpur), dan SK Sri Laksamana. 

Majlis perasmian penutup dan penyampaian hadiah kepada pemenang-pemenang telah disempurnakan oleh Pengarah IYC, Dr Mohamed Maliki Bin Mohamed Rapiee.

 

Disediakan oleh: Muhamed Harith Bin Mohd Hanafi (Pelajar Praktikal)

Disunting oleh : Marzuki Bin Hashim

E-mel : Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya. 

 

INFO TERKINI

Permohonan UPU Online. Sila klik Daftar untuk mendapatkan borang pendaftaran.

 

Permohonan UPU Online. Sila klik Daftar untuk mendapatkan borang pendaftaran.

 

KENYATAAN MEDIA : ACARA KLANG CITY INTERNATIONAL MARATHON 2017

 

Go to top
BCMath lib not installed. RSA encryption unavailable