Arabic Chinese (Simplified) Chinese (Traditional) Hindi Japanese Korean Malay

KUALA LUMPUR, 30 Julai 2015 – Pengurusan Pusat Belia Antarabangsa (IYC) telah menerima kunjung hormat Presiden Lembaga Amanah The Association For International Sports for All (TAFISA) dan beberapa ahli Persatuan Majlis Leisure dan Rekreasi Malaysia (MARFIMA) pada 29 Julai 2015 (Rabu) bertempat di bilik Lembaga, IYC.

 

YBhg. En. Mohamed Maliki bin Mohamed Rapiee, Pengarah IYC telah menyampaikan taklimat ringkas mengenai program-program pembangunan belia yang dijalankan di IYC dan membawa tetamu melawat fasiliti dan kemudahan yang di tawarkan oleh IYC. Pengarah IYC juga turut menekankan perancangan pogram kerjasama IYC dengan pihak MARFIMA dan TAFISA secara tahunan. 

 

Mereka yang hadir antaranya YBrs. Prof. Chang-Ju Ho, Presiden TAFISA; YBhg. Dato’ Sarjit Singh Sekhon,Setiausaha Agung MARFIMA;  YBhg. Dato’ Suroya Selamat dan ahli-ahli MARFIMA yang lain. 

 

 

Disediakan oleh: Dewi Yusmalaila binti  Muhamad

Email: Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

Disunting oleh: Hazila binti Kamaruddin

MAKLUMAN TERKINI

 IKLAN JAWATAN KOSONG - MUAT TURUN BORANG

 

IYCEP (MALAYSIA-MALDIVES) - DAFTAR

IYCEP (TURKEY - POLAND - CZECH REPUBLIC) - DAFTAR

 

TEMPAH KEMUDAHAN IYC

Tempah bilik penginapan dan kemudahan IYC sekarang ! Untuk maklumat lanjut,sila hubungi kami di talian 03-91719204/5 atau layari http://live.ipms247.com/booking/book-rooms-yayasanpusatbeliaantarabangsa

 

Go to top
BCMath lib not installed. RSA encryption unavailable