Arabic Chinese (Simplified) Chinese (Traditional) Hindi Japanese Korean Malay

Kuala Lumpur, 24 Januari 2020 - Program "IYC Slim Fit Challenge 2020" merupakan program yang dirancang khas untuk kakitangan IYC.

Program anjuran Biro Sukan Kelab Kebajikan dan Rekreasi PBA dengan kerjasama Pengurusan Pusat Belia Antarabangsa bermula 24 Januari hingga 20 April 2020.

Pelaksanaan program bermatlamat untuk memberi kesedaran kepentingan penjagaan kesihatan melalui kaedah yang betul, cara pemakanan sihat melalui diet yang seimbang dan aktiviti senaman secara berterusan.

Taklimat tentang pemakanan dan kesihatan telah disampaikan oleh Encik Muhamad Farid bin Sani, Pegawai Dietatik (Dietatik) dari Klinik Kesihatan Putrajaya. Pengisian ini penting sebagai ilmu dan persediaan pertandingan. Seramai 30 orang kakitangan IYC telah hadir ke sesi taklimat ini.

Konsep pertandingan merupakan kaedah untuk menghargai kakitangan yang serius dan komited mencapai sasaran dalam program ini. Cik Azizatil Anum sebagai jurulatih 'workout' sepanjang pertandingan ini juga turut berkongsi tips asas bagi memastikan semua peserta bersedia dari segi mental dan fizikal.

MAKLUMAN TERKINI

Makluman  

TEMPAH KEMUDAHAN IYC

Tempah bilik penginapan dan kemudahan IYC sekarang ! Untuk maklumat lanjut,sila hubungi kami di talian 03-91719204/5 atau layari http://live.ipms247.com/booking/book-rooms-yayasanpusatbeliaantarabangsa

 

Go to top
BCMath lib not installed. RSA encryption unavailable