Arabic Chinese (Simplified) Chinese (Traditional) Hindi Japanese Korean Malay

Kuala Lumpur, 28 Ogos 2020 - Sempena sambutan hari kemerdekaan yang ke- 63, pihak Pengurusan IYC telah mengadakan aktiviti untuk kakitangan IYC di semua peringkat dengan cara normal baharu. Antara aktiviti yang dijalankan adalah pertandingan permainan tradisional seperti Pertandingan Congkak, Pertandingan Dam Haji, Kuiz Kenegaraan, Pertandingan Fotografi, Pertandingan Deklamasi Sajak dan Pertandingan Persembahan Kumpulan.

Aktiviti yang berlangsung selama dua hari iaitu pada 27 dan 28 Ogos 2020 bertujuan untuk menyemarakkan sambutan Hari Kemerdekaan pada tahun ini yang bertemakan Malaysia Prihatin. Aktiviti yang disusun mempunyai nilai dan budaya Malaysia disamping meningkatkan semangat patriotisma di kalangan kakitangan IYC.

Terima kasih buat para juri iaitu Puan Azlin Asmuni, Pegawai Perancang Bahasa dari Dewan Bahasa dan Pustaka; Encik Nawfal Bin Zamri dari Artistic Director Bleenk Media dan Encik Redzuan Md Noor, Photojournalist.

Program ini berakhir dengan ucapan penutup oleh YBhg. Dr. Mohamed Maliki Mohamed Rapiee, Pengarah Pusat Belia Antarabangsa.

MAKLUMAN TERKINI

Makluman  

TEMPAH KEMUDAHAN IYC

Tempah bilik penginapan dan kemudahan IYC sekarang ! Untuk maklumat lanjut,sila hubungi kami di talian 03-91719204/5 atau layari http://live.ipms247.com/booking/book-rooms-yayasanpusatbeliaantarabangsa

 

Go to top
BCMath lib not installed. RSA encryption unavailable