Arabic Chinese (Simplified) Chinese (Traditional) Hindi Japanese Korean Malay

Kuala Lumpur, 12 Ogos 2020 - Pusat Belia Antarabangsa (IYC) telah mengadakan Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) dengan DOE Training Consultancy Sdn
Bhd sebagai Rakan Strategik penganjuran Program Junior Award Scheme For Schools di Malaysia sempena Sambutan Hari Belia Antarabangsa 2020 (International Youth Day 2020).

Memorandum tersebut telah ditandatangani oleh YBrs. Dr. Mohamed Maliki Bin Mohamed Rapiee, Pengarah IYC dan YBhg. Datin Fauzirah Bt Zainun, Founder of JASS Malaysia yang
disaksikan oleh Pesuruhjaya Tinggi British ke Malaysia iaitu Tuan Yang Terutama (TYT) Charles Hay MVO.

Majlis ini diadakan bagi memperkenalkan satu program pembangunan kemajuan pembelajaran (progressive learning programme) untuk generasi muda yang mengiktiraf pencapaian pelajar secara menyeluruh iaitu Program yang dinamakan sebagai Junior Award School Scheme (JASS). Program JASS merupakan sebuah program Anugerah yang bertaraf Antarabangsa dan kini disertai oleh 45 buah negara di seluruh dunia.

Program ini menyasarkan pelajar seawal umur 5 hingga 13 tahun. Program ini terbahagi kepada 8 tahap iaitu Tahap Gangsa, Perak & Emas (Didapati dalam Rangkaian Online eJASS, Fokus Umur 10 – 13 Tahun), Tahap Putih, Kuning , Merah, Hijau dan Biru (Didapati dalam bentuk Folder/Fail, Fokus Umur 5 – 9
tahun). Terdapat 4 komponen yang perlu disiapkan oleh pelajar (Me and My
World, Get Active Stay Active, My Interest, Adventure) dan jumlah jam minima yang perlu diselesaikan dalam memastikan pelajar dapat
melengkapkan setiap tahap yang dilalui. Setelah tamat menjalani program, pelajar akan menerima Sijil Antarabangsa, Lencana Antarabangsa dan Medal Antarabangsa dari United Kingdom mengikut tahap yang didaftar.

Program ini sangat bertepatan dengan matlamat Pusat Belia Antarabangsa untuk memperkasakan pembelajaran dalam konteks secara holistik untuk membentuk generasi Malaysia cemerlang pada peringkat Nasional dan Antarabangsa melalui pemupukan bakat pada peringkat akar umbi belia.

#IYCMalaysia
#LeavingNoOneBehind

MAKLUMAN TERKINI

 

 

Makluman  

 

 

WEBINAR IYC - PELANCONGAN LESTARI
TEMA : MENDEPANI KETIDAKTENTUAN
1 DISEMBER 20202
LIVE DI FB IYCMalaysia

SILA KLIK PAUTAN UNTUK BORANG PENDAFTARAN

 

TEMPAH KEMUDAHAN IYC

Tempah bilik penginapan dan kemudahan IYC sekarang ! Untuk maklumat lanjut,sila hubungi kami di talian 03-91719204/5 atau layari http://live.ipms247.com/booking/book-rooms-yayasanpusatbeliaantarabangsa

 

Go to top
BCMath lib not installed. RSA encryption unavailable