Cheras, 7 November 2019 – Pengurusan Pusat Belia Antarabangsa (IYC) melalui Bahagian Pentadbiran telah menganjurkan Kursus Sistem Pengurusan Alam Sekitar ISO 14001:2015 pada 5 hingga 6 November 2019 di Bilik Berlian 2, IYC. Kursus ini dikelolakan dengan  bimbingan Encik Azhar B. A. Karim dari Syarikat BrotherhoodAsia.

Penglibatan seramai 37 orang kakitangan IYC daripada  pelbagai latarbelakang bertujuan mendapatkan pengetahuan tentang piawaian dan keperluan pelaksanaan dalam sistem ini seterusnya meningkatkan tahap kesedaran kepentingan penjagaan Alam Sekitar dalam melaksanakan tugasan harian.

Antara kepentingan Sistem Pengurusan Alam Sekitar ISO 14001:2015 kepada pihak IYC ialah ianya dapat meningkatkan produktiviti kerja harian seterusnya menguruskan kos operasi yang lebih efisyen dengan impak risiko yang lebih rendah.

IYC berhasrat memperolehi pensijilan ini pada tahun 2020 yang akan diintegrasikan dengan Sistem Pengurusan Kualiti ISO 9001:2015 yang sediada.

FaLang translation system by Faboba
BCMath lib not installed. RSA encryption unavailable