Arabic Chinese (Simplified) Chinese (Traditional) Hindi Japanese Korean Malay

Kuala Lumpur, 29 April 2018 - Program Hari Terbuka Pusat Belia Antarabangsa (IYC) 2018 merupakan salah satu platform untuk mempromosikan kemudahan-kemudahan dan perkhidmatan yang disediakan di IYC. Di samping itu, program ini dapat memberi kesempatan dan peluang kepada masyarakat awam terutama belia untuk lebih mendekati dan mengenali Pusat Belia Antarabangsa (IYC) sebagai pusat aktiviti yang mesra belia.

Pelaksanaan Hari Terbuka IYC 2018 bertujuan mempromosikan IYC sebagai sebuah institusi pembangunan belia yang menyediakan pelbagai kemudahan dan mesra belia melalui aktiviti yang dianjurkan dan membuka peluang kepada orang ramai untuk melihat kemudahan yang ditawarkan oleh IYC sebagai sebuah kompleks yang lengkap.

Disamping itu juga bagi merealisasikan peranan IYC sebagai sebuah pusat yang menganjurkan aktiviti atau program yang berbentuk antarabangsa yang melibatkan penyertaan peserta dari negara luar serta peranan IYC dengan masyarakat setempat dalam aktiviti-aktiviti pembangunan sosial dan ekonomi

Antara aktiviti yang telah dijalankan adalah seperti Pertandingan Aerobathon, Pertandingan Mewarna dan Melukis Kanak – Kanak, Pertandingan FIFA 18, Battlefiled LIVE, Kelas Roti dan Cream Puff, Pertandingan IYC’s Got Talent serta acara Cabutan Bertuah. 

Majlis penutup serta penyampaian hadiah dan sijil telah disempurnakan oleh Dato’ Lokman Hakim b. Ali Ketua Setiausaha Kem. Belia dan Sukan dengan diiringi oleh Cik Tomoko Takahashi, Ahli Lembaga Pengarah IYC serta Pengarah IYC, YBrs. Dr. Mohamed Maliki b. Mohamed Rapiee.

 

 

Disediakan oleh : Jadzreill B. Jaafar

E-mel : Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

 

Disemak oleh : Marzuki B. Hashim 

E-mel : Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

 

INFO TERKINI

MAKLUMAN 
Pusat Belia Antarabangsa (IYC) ingin mempelawa kepada semua Kontraktor atau Pengusaha Makanan Muslim dalam bidang atau taraf berkenaan untuk tender dan sebutharga berikut :

 

PENDAFTARAN PROGRAM

IYCEP - International Youth Centre Exchange Programme (Malaysia - Republic of Korea)

Sila klik pautan<http://www.iyckul.org.my/my/component/jdownloads/download/1-root/20-iycep-international-youth-centre-exchange-programme-malaysia-korea.html?Itemid=1152 untuk maklumat lanjut.

 

TEMPAHAN KEMUDAHAN IYC

Tempah bilik penginapan dan kemudahan IYC sekarang ! Untuk maklumat lanjut,sila hubungi kami di talian 03-91719204/5 atau layari http://live.ipms247.com/booking/book-rooms-yayasanpusatbeliaantarabangsa.

 

 

Go to top
BCMath lib not installed. RSA encryption unavailable