Arabic Chinese (Simplified) Chinese (Traditional) Hindi Japanese Korean Malay

 KUALA LUMPUR, 3 Mei 2017 – Program Hari Terbuka Pusat Belia Antarabangsa (IYC) sempena sambutan Hari Ulang Tahun ke-29 telah berlangsung pada 29 April 2017. Program telah dijayakan dengan kerjasama dan sokongan banyak pihak khususnya Kementerian Belia dan Sukan Malaysia.

Program ini diadakan bertujuan mendekati dan mendampingi belia dan masyarakat setempat disamping menghargai komitmen rakan strategik IYC serta para pelanggan yang turut menyumbang kepada pembangunan IYC sebagai sebuah institusi pembangunan belia diperingkat nasional dan antarabangsa. Penganjuran pelbagai aktiviti semasa Hari Terbuka ini sedikit sebanyak memberi ruang kepada para pengunjung untuk lebih mengenali fungsi dan peranan IYC secara menyeluruh. 

Aktiviti-aktiviti yang disusun berasaskan kepada konsep dan elemen  keusahawanan, kreativiti dan inovasi antaranya ialah Pertandingan IYC Got Talent,Pertandingan Tae Kwan Do, Pertandingan Melukis dan Mewarna Kanak-Kanak, Pertandingan Explorace dan Kelas Membuat Kek & Pastri Mega IYC, Pertandingan Explorace, Pertandingan FIFA17 Online Games, Pertandingan Swafoto, Pertandingan Fotografi, Pertandingan Salad Bowl dan banyak lagi.

IYC juga turut melibatkan agensi dan rakan strategik dalam penganjuran bengkel keilmuan dan pameran seperti pihak Jabatan Kesihatan Wilayah Persekutuan (DBKL), Majlis Kanser Negara (MAKNA), Institut Penyelidikan Pembangunan Belia Malaysia (IYRES), Majlis Belia Orang Asli, Mencanting Batik, Pusat Darah Negara dan Bengkel Teknik Belajar secara Holistik Abad 21 oleh LahaZone Edu.

Majlis Perasmian Hari Terbuka IYC 2017 telah dirasmikan oleh YBhg. Tn. Haji Mohamed Maliki bin Mohamed Rapiee, Pengarah IYC mewakili YBhg. Dato’Lokman Hakim bin Ali, Pengerusi Lembaga Amanah Yayasan Pusat Belia Antarabangsa merangkap Ketua Setiausaha Kementerian Belia dan Sukan Malaysia  dan majlis telah dimeriahkan lagi dengan kehadiran YBhg. Datin Wan Razanawani Bt Wan Zakaria, Pengerusi Puspanita KBS seterusnya menyempurnakan sesi penyampaian sijil dan hadiah kepada pemenang-pemenang.

Dalam ucapan oleh YBhg. Pengarah menyatakan bahawa, “IYC perlu sentiasa bersedia dalam apa jua cabaran dalam membangunkan belia negara masa hadapan dengan mengambilkira segala aspek isu semasa dan pembangunan negara secara menyeluruh supaya akhirnya belia yang dilahirkan mampu untuk membawa pembangunan dan nilai negara secara holistik ke persada dunia”.

Majlis turut menerima kehadiran tetamu-tetamu kehormat sepanjang program berlangsung seperti YBhg.Dato’Lokman Hakim bin Ali, Ketua Setiausaha Kementerian Belia dan Sukan Malaysia, YBhg.Dato’ Hj. Mohd Soffian Bin Abd. Rahim & Isteri, YBhg. Dato’ Azhar Bin Mohd Isa, Cik Tomoko Takahashi dan En. Yang Chor Leong yang merupakan Ahli Yayasan dan Ahli Lembaga Pusat Belia Antarabangsa serta Master Tony Wong Hee Kee dari Professional Tae Kwon Do Centre.

 

Disediakan oleh: Ismazira binti Che Ismail

E-mel: Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

Disunting oleh: Hazila Kamaruddin

E-mel: Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

 

 

MAKLUMAN TERKINI

  

IYCEP (MALAYSIA-MALDIVES) - Sedang berlangsung

 

IYCEP (TURKEY - POLAND - CZECH REPUBLIC) - DAFTAR

 

 

IYCEP (MALAYSIA - AUSTRALIA) - DAFTAR

TEMPAH KEMUDAHAN IYC

Tempah bilik penginapan dan kemudahan IYC sekarang ! Untuk maklumat lanjut,sila hubungi kami di talian 03-91719204/5 atau layari http://live.ipms247.com/booking/book-rooms-yayasanpusatbeliaantarabangsa

 

Go to top
BCMath lib not installed. RSA encryption unavailable