Arabic Chinese (Simplified) Chinese (Traditional) Hindi Japanese Korean Malay

 

MASJID TANAH, 10 APRIL 2016 Fit Malaysia Melaka yang diadakan di Taman Rekreasi Bukit Beringin disambut meriah dengan kehadiran hampir 15,000 pengunjung. 

Menteri Belia dan Sukan, YB Encik Khairy Jamaluddin, yang hadir dalam program tersebut turut mengambil bahagian dalam acara kayuhan basikal kategori 30km manakala Ketua Setiausaha Kementerian Belia dan Sukan, Dato’ Lokman Hakim Ali, mengambil bahagian dalam basikal kategori 10km.

Selain acara kayuhan, aktiviti lain yang diadakan ialah acara larian 10km dan 5km, Get Fit With KJ, Jom Kurus 1Malaysia, zumba, bodycombat, pameran kesihatan serta gerai jualan.

Ketua Menteri Melaka, YAB Datuk Seri Ir. Idris Haron yang turut hadir bagi merasmikan program tersebut berkata, “Orang Melaka cukup bertuah kerana Melaka telah dipilih oleh Menteri Belia dan Sukan sebagai salah satu destinasi Fit Malaysia yang akan menyumbang kepada kesejahteraan negara kita.”

Turut hadir dalam program tersebut Timbalan Menteri Pelancongan dan Kebudayaan, YB Datuk Mas Ermieyati Samsudin dan Ketua Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negara Datuk Hajah Hatipah Ibrahim.

Oleh : Azlin Emiza Jamri(Unit Komunikasi Korporat KBS)

Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya. 

Disunting : Razali Haji Mohamed Yassin ( Unit Komunikasi Korporat KBS)

 

Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

 

MAKLUMAN TERKINI

 

PERTANDINGAN BOLA JARING TERBUKA IYC 2019  - MUAT TURUN BORANG

  

IYCEP (MALAYSIA-MALDIVES) - DAFTAR

 

IYCEP (TURKEY - POLAND - CZECH REPUBLIC) - DAFTAR

 

 

IYCEP (MALAYSIA - AUSTRALIA) - DAFTAR

TEMPAH KEMUDAHAN IYC

Tempah bilik penginapan dan kemudahan IYC sekarang ! Untuk maklumat lanjut,sila hubungi kami di talian 03-91719204/5 atau layari http://live.ipms247.com/booking/book-rooms-yayasanpusatbeliaantarabangsa

 

Go to top
BCMath lib not installed. RSA encryption unavailable