Arabic Chinese (Simplified) Chinese (Traditional) Hindi Japanese Korean Malay

Kuala Lumpur, 6 Jun 2018 – Bulan Ramadan adalah bulan mulia yang amat dinanti-nantikan oleh setiap umat Islam. Selain menjalani ibadah puasa, dalam bulan ini juga umat Islam berlumba-lumba untuk memperbanyakkan ibadah selain dari melakukan solat terawih, bersedekah dan mempertingkatkan ibadah sunat lain selain dari menghadiri majlis-majlis ilmu dan tazkirah keagamaan.

Mengambil peluang dan kesempatan di bulan Ramadan yang mulia ini, Pengurusan Pusat Belia Antarabangsa (IYC) dengan kerjasama Kelab Kebajikan dan Rekreaksi PBA (KKRPBA) telah mengadakan dua (2) sesi tazkirah untuk semua kakitangan IYC. Sei pertama ialah pada 24 Mei (Khamis) bertempat di Bilik Cempaka IYC.  Tazkirah ini telah dikendalikan oleh Penceramah dari Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) iaitu YBhg.Ustaz Mohammad Husni bin Ali@Buraidah dengan tajuk Bulan Ramadhan Bonus Berganda. Sesi kedua telah diadakan pada 5 Jun 2018 (Selasa) yang telah disampaikan oleh YBhg. Ustaz Rasyid bin Ismail daripada Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) dengan tajuk Menghayati Kemanisan Ramadhan.

Di antara intipati tazkirah adalah menerangkan kemanisan penghayatan bulan Ramadhan dan amalan ibadah di bulan puasa merupakan satu bonus yang memberi pelbagai ganjaran pahala yang berlipat ganda di samping melakukan ibadah bagi mendapatkan keampunan daripada Allah s.w.t. Seramai 25 orang kakitangan IYC serta pelajar-pelajar praktikal telah hadir ke sesi ini.

Semoga Ramadan kali ini membawa keberkatan dan seribu rahmat kepada semua umat Islam. 

 

Disediakan oleh: Dewi Yusmalaila binti Muhamad

E-mel: Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

Disunting oleh: Hasnila binti Mohd Jani

E-mel: Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

INFO TERKINI

KEJOHANAN BOLA JARING TERBUKA IYC 2018

* Borang Pendaftaran

 

KENYATAAN TENDER/SEBUTHARGA

Semua kontraktor yang berkelayakan dipelawa untuk menyertai tender/sebutharga bagi projek cadangan tambahan dan perubahan asrama bilik seminar, ruang makan dan ruang serbaguna terbuka berserta kemudahan berkaitan seperti berikut :

 

 

Go to top
BCMath lib not installed. RSA encryption unavailable