Arabic Chinese (Simplified) Chinese (Traditional) Hindi Japanese Korean Malay
 
BANTING, 23 JANUARI 2017 - Cawangan Hal Ehwal Pelajar (HEP) Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) Kuala Langat telah mengadakan Forum Bicara Anak Muda 2017 yang bertajuk 1 Tekad 1 Azam bertempat di Dewan Ibnu Sina pada 12 Januari yang lalu. 

Moderator Ustaz Zainuddin Bin Othman serta dua orang panel jemputan khas iaitu Ustaz Mohamad Afandi Bin Che Harun dan Saudara Abd. Azyadee Bin Abd Wahid telah mengendalikan forum tersebut dengan bertujuan untuk memberi pengetahuan tentang tekad dan azam seorang muslim sejati serta dapat membezakan yang mana baik dan sebaliknya.

Selain itu juga turut dikongsikan pengalaman bersama bekas penagih dadah yang sudah bertaubat untuk tidak mengulangi kesilapan yang telah dilakukan di masa lalu.

Forum ini telah dihadiri oleh semua warga IKBN Kuala Langat dan ia dijadikan sebagai forum tahunan berbentuk keagamaan. Disamping itu, ia dapat merapatkan lagi ukhuwah dikalangan pelajar dan juga kakitangan.

Oleh : IKBN Kuala Langat

Disunting : Hairol Hisham Hamdan (Unit Komunikasi Korporat)
Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

MAKLUMAN TERKINI

 IKLAN JAWATAN KOSONG - MUAT TURUN BORANG

 

IYCEP (MALAYSIA-MALDIVES) - DAFTAR

IYCEP (TURKEY - POLAND - CZECH REPUBLIC) - DAFTAR

 

TEMPAH KEMUDAHAN IYC

Tempah bilik penginapan dan kemudahan IYC sekarang ! Untuk maklumat lanjut,sila hubungi kami di talian 03-91719204/5 atau layari http://live.ipms247.com/booking/book-rooms-yayasanpusatbeliaantarabangsa

 

Go to top
BCMath lib not installed. RSA encryption unavailable