Arabic Chinese (Simplified) Chinese (Traditional) Hindi Japanese Korean Malay

JOHOR BAHRU, 30 MEI 2015 - Program Fit Malaysia akan diperluaskan lagi ke daerah lain setiap negeri mulai tahun 2016 supaya ia dapat disertai oleh semua lapisan masyarakat.  

Menteri Belia dan Sukan Malaysia, YB Encik Khairy Jamaluddin berkata, kementeriaannya mendapat permintaan daripada rakyat Malaysia agar program ini diperluaskan lagi ke bandar kecil.  

Beliau berkata, usaha memperluaskan program Fit Malaysia penting dalam menjadikan Malaysia ke arah sebuah negara bersukan dengan penglibatan semua lapisan masyarakat secara menyeluruh.  

Tambahnya, KBS dalam usaha untuk memberi tumpuan kepada aktiviti bersukan untuk melahirkan masyarakat sihat dan cergas. Lebih 11,000 rakyat Johor membanjiri program Fit Malaysia Johor yang diadakan seawal jam 7.30 pagi dengan dimulakan dengan kayuhan berbasikal sejauh 10 dan 30 kilometer dan disusuli dengan acara larian sejauh lima kilometer serta aktiviti kecergasan seperti zumba dan  Fit Malaysia Hotspot.  

Pada program tersebut, YB Encik Khairy Jamaluddin menyertai acara larian sejauh lima kilometer dan berjaya menamatkan larian dengan mengambil masa 29 minit. Program tersebut turut dihadiri oleh Ketua Setiausaha KBS, Datuk Jamil Salleh, Timbalan Ketua Setiausaha (A&P), Encik Lokman Hakim Ali, Ketua Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negara, Datuk Hajah Hatipah Ibrahim serta Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan, Kebudayaan Dan Warisan Negeri Johor, YB Dato’ Zulkurnain Bin Hj Kamisan.  

Oleh : Muhammad Shahrul Naim Bin Mohd Tokiman (Unit Komunikasi Korporat KBS)

Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.
 

Disunting :Adeli Hussin@Drus (Unit KomunikasiKorporat KBS)

Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

 

MAKLUMAN TERKINI

  

IYCEP (MALAYSIA-MALDIVES) - Sedang berlangsung

 

IYCEP (TURKEY - POLAND - CZECH REPUBLIC) - DAFTAR

 

 

IYCEP (MALAYSIA - AUSTRALIA) - DAFTAR

TEMPAH KEMUDAHAN IYC

Tempah bilik penginapan dan kemudahan IYC sekarang ! Untuk maklumat lanjut,sila hubungi kami di talian 03-91719204/5 atau layari http://live.ipms247.com/booking/book-rooms-yayasanpusatbeliaantarabangsa

 

Go to top
BCMath lib not installed. RSA encryption unavailable