Arabic Chinese (Simplified) Chinese (Traditional) Hindi Japanese Korean Malay
PUTRAJAYA, 14 MAC 2016 – Timbalan Ketua Setiausaha ( Pengurusan ) Kementerian Belia dan Sukan, Dato’ Lokman Hakim Ali secara rasminya dilantik sebagai Ketua Setiausaha Kementerian Belia dan Sukan mulai 15 Mac ini bagi mengantikan Dato’ Sri Jamil Salleh yang dinaikkan pangkat dan menjadi Ketua Setiausaha kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi Dan Kepenggunaan ( KPDNKK) mulai tarikh yang sama.

Dato’ Lokman, 45, anak kelahiran Negeri Sembilan menjadi Ketua Setiausaha termuda yang dilantik setakat ini menduduki jawatan utama itu.Berkelulusan Ijazah Sarjana dalam bidang Ekonomi dari Universiti Claremont Graduate, California, Amerika Syarikat dan ijazah Sarjana Muda dari Universiti of Southern California dalam bidang Ekonomi.

Mempunyai pengalaman yang luas dalam ekonomi dan perdagangan pengurusan awam dan pengurusan pembangunan sosial. Mula dilantik sebagai Timbalan Ketua Setiausaha ( Antarabangsa dan Pengurusan ) di KBS pada 3 April 2015.

Mempunyai pengalaman berkhidmat sebagai Pegawai Tugas-tugas Khas kepada Timbalan Perdana Menteri, Naib Presiden Perhubungan Kerajaan di Malaysian Biotechnology Corporations Sdn. Bhd, Ketua Penolong Pengarah di Unit Teknologi Standard dan Alam Sekitar Perkhidmatan Perkilangan dan E-Dagang, Bahagian dasar Pelaburan dan Perkhidmatan Perkilangan di Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri.

Pengalamannya yang luas di Kementerian Perdagangan Antarabngsa dan Industri membolehkan beliau diangkat sebagai Setiausaha Sulit Kanan kepada Menteri di kementerian itu.

Warga Team KBS merakamkan sekalung tahniah buat Dato’ Lokman dan mendoakan agar beliau serta keluarga sentiasa dilindungi dan diberkati Allah disamping diberikan kekuatan dan semangat untuk memahat nama KBS di puncak kegemilangan. Sokongan serta kerjasama berpasukan dari Team KBS akan terus bersama beliau. Syabas dan tahniah.

Oleh : Razali Haji Mohamed Yassin (Unit Komunikasi Korporat KBS)
Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

MAKLUMAN TERKINI

 IKLAN JAWATAN KOSONG - MUAT TURUN BORANG

 

IYCEP (MALAYSIA-MALDIVES) - DAFTAR

IYCEP (TURKEY - POLAND - CZECH REPUBLIC) - DAFTAR

 

TEMPAH KEMUDAHAN IYC

Tempah bilik penginapan dan kemudahan IYC sekarang ! Untuk maklumat lanjut,sila hubungi kami di talian 03-91719204/5 atau layari http://live.ipms247.com/booking/book-rooms-yayasanpusatbeliaantarabangsa

 

Go to top
BCMath lib not installed. RSA encryption unavailable