Arabic Chinese (Simplified) Chinese (Traditional) Hindi Japanese Korean Malay
PUTRAJAYA, 15 MEI 2015 – Perdana Menteri Malaysia, Dato’ Sri Mohd.Najib Abd. Razak hari ini melancarkan Dasar Belia Malaysia (DBM) baharu yang lebih komprehensif untuk pembangunan belia bagi mencapai status negara maju dan berpendapatan tinggi.

" Dasar (baharu) ini antaranya untuk memaksimumkan potensi setiap belia. Setiap daripada kita berpotensi tetapi hanya 23 peratus pekerja yang mahir.” DBM yang akan dilaksanakan mulai 2018 bagi menggantikan Dasar Pembangunan Belia Negara 1997 itu juga menetapkan had umur belia dari 15 hingga 30 tahun berbanding 15  hingga 40 tahun sebelum ini.

Dato’ Seri Mohd.Najib menggesa golongan belia agar jangan mudah berpuas hati dengan pencapaian sederhana serta mencabar diri untuk mencapai kejayaan yang lebih tinggi.

" Itu konsep yang saya hendak letakkan dalam minda setiap belia. Lihat kepada usaha, kalau belia membuat sedikit pelaburan untuk meningkatkan potensi, ia dapat direalisasikan. Berusahalah bersungguh-sungguh," katanya pada Majlis Penyampaian Anugerah Perdana Belia Negara di Hotel Everly disini petang tadi.

Beliau turut menyampaikan Anugerah Perdana Belia Negara di bawah empat kategori iaitu Perdana Pertubuhan Belia, Perdana Belia Negara (Lelaki), Perdana Belia Negara (Wanita) dan Anugerah Emas Remaja Perdana sempena Sambutan Hari Belia Negara tahun ini.

 

Oleh: Nor Asiah Binti Zulkifli (Unit Komunikasi Korporat KBS)
Disunting: Razali Haji Mohamed Yassin (Unit Komunikasi Korporat KBS)
 

MAKLUMAN TERKINI

 

PERTANDINGAN BOLA JARING TERBUKA IYC 2019  - MUAT TURUN BORANG

  

IYCEP (MALAYSIA-MALDIVES) - DAFTAR

 

IYCEP (TURKEY - POLAND - CZECH REPUBLIC) - DAFTAR

 

 

IYCEP (MALAYSIA - AUSTRALIA) - DAFTAR

TEMPAH KEMUDAHAN IYC

Tempah bilik penginapan dan kemudahan IYC sekarang ! Untuk maklumat lanjut,sila hubungi kami di talian 03-91719204/5 atau layari http://live.ipms247.com/booking/book-rooms-yayasanpusatbeliaantarabangsa

 

Go to top
BCMath lib not installed. RSA encryption unavailable