Arabic Chinese (Simplified) Chinese (Traditional) Hindi Japanese Korean Malay

 

KUALA LUMPUR – Pusat Belia Antarabangsa (IYC) telah menganjurkan program IYC-UTC Think Without the Box - Innovation Coaching Workshop V2.0” pada 29 Mac 2015 (Ahad) dari jam 8.30 pagi hingga 5.30 petang bertempat di bilik Bunga Raya IYC.

Bengkel ini dikendalikan oleh Encik Robest Yong iaitu pemenang Anugerah “Multiple International Award” dan telah menghasilkan beberapa ciptaan inovatif yang kini telah berada di pasaran dalam dan luar Negara.

Seramai 35 orang peserta dari kalangan pelajar UCSI, SMK Saujana Putra, SMK Sri Petaling dan sekolah sekitar Cheras telah menyertai bengkel ini dan penyertaan adalah percuma. Bengkel ini juga adalah bertujuan untuk mencungkil bakat kreativiti dan inovasi di kalangan remaja dan belia dalam menghasilkan produk-produk inovatif yang lebih matang dan relevan melalui pendekatan dan teknik  “Thinking Without The Box.”

Pada sesi petang terdapat slot bersama Markerzone yang memperkenalkan inovasi mesin cetak 3D kepada para peserta. Satu pertandingan di kalangan peserta-peserta telah dijalankan dalam bengkel ini yang memperlihatkan peserta membentangkan hasil cetusan idea inovasi mereka dan juaranya adalah kumpulan “Every Drop Count”. Manakala tempat kedua di menangangi oleh kumpulan “Puzzles” dan tempat ketiga dimenangangi oleh kumpulan “The creative one”

Majlis Penutup dan penyampaian sijil telah disempurnakan oleh Cik Azura Abidin Pengarah Pusat Belia Antarabangsa (IYC).

Disediakan oleh : Pn. Ismazira bt. Ismail

Email : Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

MAKLUMAN TERKINI

PERTANDINGAN BOLA JARING TERBUKA IYC 2019  - MUAT TURUN BORANG

 

 IKLAN JAWATAN KOSONG - MUAT TURUN BORANG

 

IYCEP (MALAYSIA-MALDIVES) - DAFTAR

IYCEP (TURKEY - POLAND - CZECH REPUBLIC) - DAFTAR

 

TEMPAH KEMUDAHAN IYC

Tempah bilik penginapan dan kemudahan IYC sekarang ! Untuk maklumat lanjut,sila hubungi kami di talian 03-91719204/5 atau layari http://live.ipms247.com/booking/book-rooms-yayasanpusatbeliaantarabangsa

 

Go to top
BCMath lib not installed. RSA encryption unavailable