Arabic Chinese (Simplified) Chinese (Traditional) Hindi Japanese Korean Malay

21 september 2019, Cheras- Telah berlangsung dengan jayanya Bengkel Tadbir Urus Peringkat Negeri 2019 (Selangor) bertempat di Pusat Belia Antarabangsa (IYC) dengan kehadiran seramai 100 orang ahli pertubuhan belia dari seluruh Selangor.

Pegawai Belia dan Sukan Daerah turut hadir ke bengkel ini bagi memantapkan lagi pengetahuan berkaitan tadbir urus NGO dan membina hubungan baik bersama Persatuan Belia khususnya.

Bengkel ini membentangkan maklumat berkaitan Pindaan Perlembagaan, MYKD dan juga Tatacara / Tindakan yang perlu diambil oleh NGO selepas penubuhan Pertubuhan Belia. Taklimat telah disampaikan oleh En Badrul Hisham bin Kamarudin dari HQ ROY dan juga Cik Nuraida Idris dari ROY Zon Tengah.

Majlis penyampaian Penarafan bintang juga turut diadakan di akhir bengkel bagi mengiktiraf pertubuhan yang telah berjaya memperolehi 3,4 dan 5 bintang. Encik Muazamir Jili, Timbalan Pengarah Belia mewakili Pengarah JBSN Selangor bersama Puan Norazleen Yusof, PPK Cawangan Pendaftaran telah menyampaikan sijil berkenaan.

Semoga dengan terlaksananya program sebegini akan dapat membantu meningkatkan tadbir urus pertubuhan yang baik dan secara tidak langsung akan meningkatkan penghantaran MYKD terutamanya bagi Selangor.

MAKLUMAN TERKINI

 

 

Makluman  

SELAMAT MENYAMBUT TAHUN 2022
Seluruh warga IYC mengucapkan selamat menyambut Tahun Baharu 2022 kepada seluruh rakyat Malaysia.

 

 

 

Pelawaan adalah dibuka kepada Katerer Muslim / Pengusaha Makanan Muslim yang berpengalaman, berkelayakan dan berdaftar dengan Kementerian Kewangan Malaysia 
dalam bidang/ taraf berkenaan bagi mengendalikan katering di Yayasan Pusat Belia Antarabangsa, Kuala Lumpur.

Untuk maklumat lanjut, Sila klik disini

 

Kini semuanya lebih mudah untuk mengetahui tentang kemudahan dan promosi yang ditawarkan oleh IYC di era digital.
Pelanggan boleh berurusan secara terus dengan kami bagi urusan tempahan dan pertanyaan tentang
pakej- pakej istimewa melalui aplikasi 'Online Chat' (Whatsapp dan Telegram).

Jangan lupa untuk imbas kod bar di paparan banner bagi urusan yang menggunakan platform
'Whatsapp' dan sertai saluran telegram 'IYCRESIDENCEKL' untuk berhubung dengan kami.

 

 

TEMPAH KEMUDAHAN IYC

Tempah bilik penginapan dan kemudahan IYC sekarang ! Untuk maklumat lanjut,sila hubungi kami di talian 03-91719204/5 atau layari http://live.ipms247.com/booking/book-rooms-yayasanpusatbeliaantarabangsa

 

 

Go to top