Arabic Chinese (Simplified) Chinese (Traditional) Hindi Japanese Korean Malay

7 Oktober 2019 – Cheras, Bengkel Pengisian Unit Kompetensi Elektif Pengantarabangsaan Kerja Belia

Pengurusan IYC telah mengadakan Bengkel Pengisian Unit Kompetensi Elektif Pengantarabangsaan Kerja Belia pada 7 hingga 8 Oktober 2019 bertempat di Bilik Lembaga IYC.

Bengkel ini bertujuan untuk pemantapan isi maklumat, bahan ilmu, kandungan bidang, serta kerja amali yang diperlukan dalam modul National Occupational Skills Standard - NOSS bagi skop bidang Pengantarabangsaan Kerja Belia.

Beberapa rakan strategik dan pakar yang menjayakan bengkel ini terdiri dari Majlis Belia Malaysia MBM iaitu Encik Jufitri Johar selaku Presiden merangkap Ahli Lembaga Amanah IYC, Dr. Lee Kwan Meng dari IPSAS UPM, En. Salehuddin Ghazali Perunding Pembangunan Belia IYC, Encik Khairul Anuar Mansor dan Cik Siti Syazlin dari Majlis Belia Asia (AYC), Puan Bibi Zaleha dari Jawatankuasa Kerjasama Belia ASEAN (CAYC), Cik Muznah dan Cik Aisyah dari Sekretariat MyCorps serta Puan Sharifah Norrizah dari KABESA. Pegawai IYC yang turut terlibat ialah Encik Marzuki Hashim, Puan Nageswary, Encik Jadzreill dan Puan Ismazira dari Bahagian Program dan urusetia bengkel.

MAKLUMAN TERKINI

Makluman 

 

TEMPAH KEMUDAHAN IYC

Tempah bilik penginapan dan kemudahan IYC sekarang ! Untuk maklumat lanjut,sila hubungi kami di talian 03-91719204/5 atau layari http://live.ipms247.com/booking/book-rooms-yayasanpusatbeliaantarabangsa

 

Go to top
BCMath lib not installed. RSA encryption unavailable